Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Wah.. ala retro lah ini budak...

isk...budak  ni ada retro la....

Sasterawan dan BERSIH

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said merupakan antara yang dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis hari ini, dipercayai berhubung puisi 'hasutan' di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu. Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan juga Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya dalam majlis berkenaan. Beliau yang popular dengan panggilan Pak Samad itu  disiasat  lebih sejam di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kerana membacakan puisi berjudul  Unggun Bersih dan menyampaikan ucapan ringkas di majlis tersebut. Selain A Samad, turut disiasat mengikut undang-undang sama ialah naib presiden PKR N Surendran dan juga peguam Fadiah Nadwa Fikri tiba ke IPD Dang Wangi bagi mengiringi A Samad pada kira-kira jam 2.30 petang ini. Difahamkan, notis serahan untuk mengadiri siasatan mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah itu diserahkan kepada kedua-dua peguam berkenaan ketika siasatan ke atas A Samad berlangsung. Pada mas...

Israk Mikraj..satu peristiwa sejarah

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya. Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Is...

Soalan lazim buat Anieq

Anieq nih satu yang best bila kita tanya dia, adik ok ke? cepat je dia jawab, ok... pastu tanya lak, adik sihat ke , sihat!! cepat je di jawab, biarlah dia demam ka, dia sakit mata ka.. tetap dia jawab macam tu, huh baguih nyer PR dalam sakit pon dia jawab macam tu, tak bagi mak pak dia susah hati... he he kekadang lepas terantuk ke, jatuh ke nangis gila-gila nyer, pastu tanya dia ok ker? sihat ker.. cepat je dia jawab ok, sihat..!! he he 

Maharaja lawak... Final

Tahniah buat Sepah..  Terpaksa aku akui korang memang best, dan sewajarnya menang...

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa! Biarlah tak de sapa nak wish kan aku, tapi biarlah aku saja yang wishkan diri sendiri, biarlah aku celebrate sendiri, biarlah tiada hadiah dari sesiapa, kerana aku paham, dua orang bebudak nih mana lah paham apa2 lagi kan, dah tu mama lah masih lagi miaw-miaw kucen, jadi emosi masih lom stabil... hadih yang tak ternilai bagi aku ialah dua-dua mereka ini cargas, sihat, dan riang ria selalu, malahan hadiah yang 'belum terucap' itu sebenarnya lebih memberi nilai tambah pada aku, hingga tiada hadiah secantiknya.. so no gundah2 lah.. Buat bapa-bapa lain, masing-masing dah dapat anugerah, jadi hadiah-hadiah lain sebenarnya tetap memberi nilai tambah pada anugerah yang sedia ada.. dan masing-masing dengan habuan dan rejeki masing-masing, jadi rileks aaa....

GPS oh GPS!!!!....

 WASHINGTON – Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel. Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS. Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik. Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan. Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. – Agensi SUMBER 

Belasungkawa - Zami Ismail...

Pelakon veteran Zami Ismail (67) atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kemba ... li ke rahmatullah sebentar tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 10.15 pagi tadi di IJN. Lakonan beliau sangat memberi satu impak yang besar pada dunia lakonan di Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang soleh. Al-Fatihah.. By: Asrul Aimran KUALA LUMPUR: Pelakon komedi, Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN). Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN berikutan masalah jantung. Bulan lalu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang. Ahmad Yamashita berkata, ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak, sekiranya beliau meninggal dunia."Sebagai memenuhi permintaan i...

Mesranya Depa....

Jalan-jalan ke Cameron

Nanti lah aku update... masih lom ada aura, heh he

Jalan-jalan Cameron

Akhirnya berjaya juga pergi berjalan-jalan di masa cuti sekolah ni, oleh kerana Athirahmasih sekolah tadika, jadi boleh la skip kelas lagi ha ha, di kala kanak-kanak sekolah, tadika atau pasti lain mula masuk kelas hari ni, Athirah masih soronok tido kat Gunung Brinchang Cameron Highland..ya disini lah kami berehat bersama. Turut beserta macam biasalah, Tok Pah sebagai penguat semangat, juga Pak Teh depa..  Nampak Athirah yang dah terasa kesejukannya, jadi berjaket bagai lah dia.. tapi nasib baik dah tak buas macam dulu jadi senang sikit nak kontrol, tapi penyakit buas dia dah berjangkit kat Anieq, isk dia boleh tak mo berjalan-jalan semata-mata nak main nate nih.. adeh la mai jauh2 nak main nate ni sajo ke..?

Happy B'day

Happy B'day Ayong, dah 5 tahun.. tak pe nanti abah update ye...

Anieq dan Hantu Kak Limah....

Isk awal betui si Anieq nih bangun, tengok abah dia dok ngadap pc mulah lah lentoq-lentoq kepala nak kacau, hmmm tau apa yang dia nak tengok, pertama nak tgk orang main games plants & zombie tuh, yang kedua dia nak tengok hantu kak limah, adeh la pepagi dah nak tengok hantu kak limah, tapi kan bila buka ceta hantu kak limah tengok aje lah aksi dia.. takuttt katanya.. ha ha... eeee...takutnye.. 20x tgk pon dia masih macam nih bila part lawak tu, mengekek je dia gelak.. ha ha

Athirah kepenatan lagi...

Adeh check2 HP mama terjumpa lak gambar nih,yang bertarikh pada 28.5.2011 mencatat sejarah buat kali ke dua Athirah kena amik neb.. mungkin pasal cuaca yang tak menentu panas je, pastu tiba-tiba ujan mungkin boleh jadi sebab.. tapi yabg pasti dek kerana panas sangat seminggu dua nih maka Athirah suka makan air ais dan juga ice cream maka ia batu dan berkahak, mungkin pasal tuh lah dia jadi penat macam tu... tapi tak lah serius sangat, tapi pasal mama nk gi kursus maka baik lah gi peksa aje la.... peace yo...

Senjakala...

Senjakala..memikat sukma...

Aduhai depa ni... kembali!

Ya baru dua malam mama pergi berkursus, kusangka semuanya akan oke2 saja maklum lah depa dah biasa kena tinggal. Tapi rupa nya agakan aku salah juga, mungkin bagi Athirah dia susah boleh terima keadaan kena tinggal macam tuh, tapi bagi adik Anieq mungkin ini suatu benda baru bagi dia, masa kena tinggal di waktu dulu tu mungkin sebagai satu imbasan masa saja, tapi makin dah besaq nih mungkin akal dia makin bertanya namun tiada perkataan yang dia dapat tanya, atau mungkin tak tahun cara untuk bertanya, tapi dah sedar keadaan... Semalam selepas puas main dengan sepupu2 nya tuh yang kembaq (nafis dan shafiq) ketika nak masuk tiddur macam biasa akan call mama depa dulu, boleh bertanya khabar ka, berpesan-pesan juga saling memberi ucapan selamat malam, tapi dengan tiba-tiba semalam Anieq tak mau bercakap dengan mama dia, dia seolah terasa jauh hati, mungkin pasal mama tinggalkan dia, jenuh lah juga aku nak pujuk2 dia. Lagi best Athirah pon buat perangai dok main2 tak abis atas tilam pon, so...