Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Berjimba kat Penang...

Wah sempat juga berjimba kat Pualau Mutiara, satu tempat yang penuh suka dan duka aku nak pi sana, suka nya ofcoz la dapat jalan-jalan (bukan berjalan naaa..) drive dari Perlis ke Penang malahan ke pelusuk negara aku suka . Tapi tak dapat lah selalu kan, tak dak modal ooo... Minggu lepas sempat juga pi Penang,tu pon pasal nak gi amik adik ipar kat UiTM .. dan juga kebetulan ada ofer dari kawan mem ajak tido kat umah dia. Kalau ikut aku maleh juga nak masuk Pulau nih, sesak rasa kepala nak drive pasal tak pasti jalan mana nak ikut. Tapi nasib baik lepas juga sampai ke rumah dia, walau ada juga terpesong jalan tapi lumrah lah kan..? Dah sampai umah umah orang dah masalah nak jaga depa dua nih, yang tak cukup kerusi set tuh, meja pon depa terjun, jenuh dok kawal barang2 umah depa,ta[i akhirnya bukak kartun animasi movie tu, terus dok diam.. lega.. Tido satu malam, besok dalam kol 9.00 dah bertolak balik, ingat nak naik feri ke, tapi dah sesat barat, nasib baik jmp jambatan Pulau-Pinang...

Hajat Hati...

Tiba-tiba saja kan terbit satu citer, err sebenarnya dari sekeping gambar , dari sekeping tanah, bertempat di sebuah tanah rancangan Felcra, bernama Felcra Lubuk Sireh.. Di hadapan tanah tuh tertulis di papan tanda dengan jelas dan nyata, nama dan lot tanah yang empunya tanah.  Tengok je pada gambar tuh terus teruja, isk adakah ini tanah pusaka, pusaka yang tidak kami tahu akan keujudannya? Jadi sepantas yang mungkin aku cuba juga menyiasatnya, mana lah tahu kan? Sambil-sambil menyiasat tuh boleh lah juga pasang angan-angan nak buat dusun lah, kampung persinggahan lah, dengan segala balanya.. Tanah, siapa yang taknak kan? Biar le sekakngkang kera, monyet, gorila malahan sekangkang biawak pon tetap ianya tanah, malahan ada adik beradik yang sanggup berbunuhan keranan tanah. Tapi,  Akhirnya semuanya kuciwaaa, tanah itu sudah ada yang punya...  adeh... 

Karnival Membaca 1Malaysia dan Pelancaran Serentak Perpustakaan Desa Projek Khas Negeri Perlis

Ku sangka akan terang kembali, rupanya...

Ku sangka semuanya sudah akan reda, selepas kemarin hari yang cukup cantik, awal pagi lagi dah ada mentari walaupun masih bersembunyi disebalik awan tapi sinarnya sudah terasa, dan memang pon sepanjang hari cuaca cukup baik walau sesekali adamendung tapi tiada tanda-tanda akan hujan. Tapi sinar  yang ku sangka akan berterusan sampai seminggu itu cuma dapat bertahan sehari. ku sangka kabus sepanjang jalan.. tengok tuh 'kabus' sedang berarak...  tengok tuh mentari baik punya cantik.... Hari ni awal lagi dah ada tanda-tanda seram nak hujan, dan diketika dalam perjalanan nak hantar angah pi kerja ( dah dua hari guna jalan jauh dan terpaksa hantar terus kat tempat ker di kilang gula  pasal banjir masih berleluasa di Bandar Kangar) menggunakan jalan Kuala Perlis - Changloon Expressway dan terus belok ke Kilang Gula  mengikut jalan ladang.. okeh la tak dak banjir, tapi sampai sekerat jalan dah mula gerimis, ingat gerimis sajalah, tapi bila patah balik fuhh.. hujan lebat...