Skip to main content

Ku sangka akan terang kembali, rupanya...

Ku sangka semuanya sudah akan reda, selepas kemarin hari yang cukup cantik, awal pagi lagi dah ada mentari walaupun masih bersembunyi disebalik awan tapi sinarnya sudah terasa, dan memang pon sepanjang hari cuaca cukup baik walau sesekali adamendung tapi tiada tanda-tanda akan hujan. Tapi sinar yang ku sangka akan berterusan sampai seminggu itu cuma dapat bertahan sehari.

ku sangka kabus sepanjang jalan..
tengok tuh 'kabus' sedang berarak...

 tengok tuh mentari baik punya cantik....

Hari ni awal lagi dah ada tanda-tanda seram nak hujan, dan diketika dalam perjalanan nak hantar angah pi kerja ( dah dua hari guna jalan jauh dan terpaksa hantar terus kat tempat ker di kilang gula pasal banjir masih berleluasa di Bandar Kangar) menggunakan jalan Kuala Perlis - Changloon Expressway dan terus belok ke Kilang Gula mengikut jalan ladang.. okeh la tak dak banjir, tapi sampai sekerat jalan dah mula gerimis, ingat gerimis sajalah, tapi bila patah balik fuhh.. hujan lebat owh, lebat sampai tak nampak jalan... sampai umah nasib dah tak ujan.
hujan di Simpang Empat...

Lepas hantar Athirah dan Anieq kat umah mak depa, terus balik simpan keta dan bawak keluar moto, konon rasa macam tak ujan dah la, tapi hujan datang balik dengan lebatnya.. adeh la macam mana nih.. hmmm...
Kemarin sempat juga ronda kawasan Panggau, Tok Kuning , Behor Gonchaq dan sepanjang jalan Dato Ali..









Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..