Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Sudah seminggu...

Adeh, rupa-rupanya sudah seminggu aka 8 hari dah, aku tak buat sebarang entry.. entah lah mungkin juga sebab sibuk, mungkin juga masih belum kebah dari di serang selsema 'M'.. entah lah kena pulak sekarang nih  aku kerap sangat di landa selsema 'M' ini, mungkin antibiotik dalam badan aku nih dah tak berapa nak imune dengna virus-virus ganas selsema 'M' ini... sebagai mengubat lara ini, aku letakkan sedikit update untuk di jadikan azimat kalbu yang merindu.. ha haa  Apa-apa pun dalam seminggu nih, memang ada sedikit kesibukan, ada satu acara yang agak besar akan berlangsung pada hari ni, rancangan nay bermula sejak awal bulan lagi, tapi kerana masing-masing masih keletihan dengan  acara Bacalah Manjaku yang dijalankan di Klinik Thalasemia HTF, Kangar.. maka kami di beri kebenaran untuk bersantai seketika, yer lah kebetulan musim cuti persekolahan pon bermula, boleh lah yang nak bawak anak-anak pi berjalan, atau makan kenduri, nak bersunat pon ada..  Sehabis saj...

entry selitan...

Sepatutnya entry ini di publishkan lebih awal.. tetapi kerana kesibukkan yang tiada ketara itu maka, ianya tidak dapat di lakukan.. apa yang hendak aku paparkan ialah, kerja-kerja di belakang tabir di sebalik kejayaan sesuatu majlis, ini adalah kerja-kerja awal yang di jalankan seperti membuat persiapan tempat majlis berlangsung, sesungguhnya dengan perasaan yang amat berbangga ingin aku nyatakan bahawa kerja-kerja yang aku rasa amat remeh temeh ini sebenarnya di alkukan sendiri staf-staf perpustakaan. Bagi memastikan semuanya berjalanlancar, dia tiada cacat cela yang ketara (.. pastinya tak akan perfect) maka kerja-kerja ini jalankan lebih awal, iaitu pada awal minggu lagi, tapi yang hebatnya pada hari Jumaat, 26.06.09 dimana ramai kakitangan yang terlibat untuk kerja-kerja di luar dan dalam bangunan. Sesungguhnya penghargaan harus di berikan pada mereka, tanpa kehadiran mereka sesungguhnya majlis tidak akan menjadi seperti yang di rancangkan..  ..menyiapkan pameran jabatan dan ...

Hujan..

Hujan..

Hujan awal pagi....

Mr Mama.. part 2

Selepas keluar entry tentang Mr Mama kat blog nih, ada juga orang kata, biasa lah kan, kena tinggal dan mengasuh anak ni memang dah kebiasaan orang bekrja, mungkin betul juga apa yang depa katakan, cuma mungkin bagi aku ini satu ujian sebenarnya, mungkin kalau anak yang dah besar macam Athirah, tak lah menjadi masalah sangat, tak susah nak di uruskan, tapi bila nak mengasuh sorang budak yang baru berumur 8 bulan, sebenarnya memang sedikit meresahkan.. kalau dulu masa Athirah lebih kurang umur yang sama, aku cuma mengasuh siang, tidak susah sangat pon, semua keperluan dah di sediakan.. mengasuhnya saja... nih adik Anieq kena mengasuh malam, yang mana pada kebiasaannya malam nih adik Anieq diuliti oleh mama dia.. abahnya hanya tukang bancuh saja.. jadi nampak gayanya kali ni kena belajar menguliti Anieq di waktu tidur la.. tak la susah, jaga susu bila dia jaga saja lepas tu tepuk-tepuk dah lena balik la.. Lebih nak dijadikan kisah, selepas saja mama dia tinggal, Anieq pulak mula selse...

Kenduri.. suka dan duka

H ari Sabtu hari tu, sempat juga aku singgah kenduri Puan Rokiah yang meninggal seminggu sebelum tu, masih terdapat banyak ruang-ruang sedih di sana sini, walaupun majlis di ceriakan dengan musik iringan, dengan kehadiran rakan taulan serta keluarga untuk memeriahkan susana, tapi wajah kesedihan ada di mana-mana, terutamanya suami dan anak-anaknya termasuk pengantin baru. Walaupun begitu majlis harus di teruskan, panggilan telah di buat sejak awal lagi, begitu juga ikat janji dengan sebelah lelaki, semuanya kena kotakan..   Sementelah pulak, si pengantin baru ini di jangkakan akan terbang ke Jepun pada hujung Julai atau awal Ogos nih untuk menyambung pengajian, dua-duang sekali.. jadi walau bagai mana pun semoga mereka tabah mengahrungi semuanya..

Eh.. dekat saja

KUALA PERLIS - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi lelaki pertama mereka tidak memiliki alat kelamin seperti lelaki normal meskipun selepas 10 bulan dilahirkan. Bayi itu, Muhammad Nabil Mustaqim Rodzake yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada Ogos tahun lalu hanya mempunyai dua buah zakar namun alat sulitnya tidak kelihatan.Ekoran itu, bapanya, Rodzake Namis, 35, berkata, beliau begitu gusar mengenangkan nasib yang menimpa anaknya yang terpaksa menggunakan saluran najis untuk kencing dan membuang air besar. "Beberapa minggu selepas Nabil dilahirkan, dia sukar membuang air kencing sehingga perutnya kembung dan doktor terpaksa menebuk lubang untuk sambung saluran kencing ke saluran najisnya."Oleh itu, saya harap bantuan doktor pakar untuk memeriksa keadaan anak saya dan memberi pandangan terutama tentang kesihatan serta masa depannya," kata Rodzake ketika ditemui di rumahnya di Batu 5 di sini semalam. Rodzake, seorang peniaga kedai makan...

Mr mama...

Whoa.. buat masa ni aku terpaksa lah jadi Mr Mama buat seketika, jadi pengasuh dua orang anak-anak aku nih, he hee yer lah dah mama depa kena kursus induksi kat Pulau Pangkor, jadi mau tak mau aku kena ngasuh juga la.. tak la lama sangat pon, dalam sepuluh hari saja.. jadi tak sempat lah aku nak berupdate malam-malam. Nak update siang-siang aku pon tengah kursus juga dua hari nih, so buat lintas langsung sajalah... Mem aku berkursus selama 10 hari, di Pulau Pangkor.. sementelah aku kat tempat keja saja selama dua hari. Ok lah, tak payah nak cari orang jaga malam-malam.. kalau tak nak kena cari Tok Pah lah, isk payah juga kan, lagi pon untuk malam saja, tak lama mana pon kan? Senang jer bagi aku kan? He hee tapi yang aku sangka senang tu, tak berapa nak menjadi lah kot.. Okeh kita bermula dari hari pertama, selepas dua tiga hari mem aku dok buat persiapan bagai nak pi (nak tinggalkan kami..) yer lah nak tinggal lama kan, macam-macam hal lah kekdahnya kan? Pada hari Ahad pepagi lepas...

Senja nan berlabuh...

Bermulanya kerja pada hari Isnin biasanya kita akan membawa sama mood hari cuti hujung minggu yang berlalu, kalau seronok mood hujung minggu bagaikan bersemangat untuk memulakan kan kerja hari Isnin.. bagaikan tak sabar nak bersama kawan-kawan se perjuangan.. bercerita pengalaman yang telah di lalui di waktu cuti hujung minggu. Berlainan sangat rasanya minggu ini, nak memulakan kerja pon terasa malas, tiada sepenuhnya nakmemulakan tugas, pastinya bila saja masuk ruang kerja wajah akan terbayang di mata, suara nya bercakap , bergelak dan mengusik sesama sendiri bagai bermain di telinga.. macam mana seharusnya aku bermula Isnin ini? Namun kerja tetap kerja, setiap tugas yang di berikan harus di sudahi, buat masa ni aku terus dengan kerja ku , membuat daftaran buku-buku yang masuk, yang masih menimbun.. bagi kerja-kerja lain yang di tinggalkan arwah mungkin nanti akan ada yang akan mengantikannya..iya lah yang patah pasti kan tumbuh, yang hilang...

Koma

  Puan Rokiah Wahab, ketua tempat kerja aku kini terlantar di Wad ICU hospital Tuanku Fauziah kerana tekanan darah tinggi, beliau di masuk ke wad ICU pagi semalam lebih kurang jam 10.00 pagi semalam. Belia di temui tidak sedarkan diri di rumahnya oleh keluarganya ketika  tidur semula selepas Solat Subuh.. keadaan dia masih kritikal dan tidak sedarkan dirinya... semoga beliau cepat sembuh.. mari kita doakan beliau supaya cepat sembuh. Makluman  Puan Rokiah telah kembali ke rahmatullah pad jam 11.00 pagi tadi dan  selamat di semadikan selepas solat Asar petang ini.. semoga keluarga beliau tabah dalam menghadapi ujian getir  ini.. Al Fatihah...

Wajah siapakah si Anieq ini

Adeh, saja seronok-seronok, dok pikir pikir juga seiras siapakah wajah si Anieq nih, ada yang kata macam muka tok Pah dia, ada yang kata macam muka (arwah) Tok dah dia, hmm pada pendapat korang macam siapa yer.. dan sebagai syok-syok juga aku tanya kat MyHeritage nih, kat look alike meter... nak tau apa dia kata.. haaa tengok kat bawah nih... 

Akibat bercuti..

Dek kerana aku bercuti kemarin, maka berlambak-lambak lak keja, betul ni serius aku cakap, melambak-lambak.. tak caya? jap aku nak tunjuk.. haaa tengok... meja yang penuh dengan buku, ..lagi buku depan meja aku.. ..dan lagi... lagi.. siap dengan nota lagi...  semuanya buku baru sampai yang perlu di daftar ke dalam buku besaq tu... hah nak kato ape gi dah terimo sajer la....

Kuiz: nilai & kehidupan

Okey.. mungkin tercari-cari apa kaitannya antara jagung, mentarang dan udang, ada kah mereka saling berkait, dan adakah mereka ini ada lah semata di kaitkan, hmm sebenarnya mereka saling berkait pon, kerana depa berada dalam satu kategori yaitu kategori makanan manusia.. he heee.. berkait dengan harga pula, memang lah kalau harga di pasar malam, market (pasar), pasar malam, mau pun pasar borong harga 10 tongkol jagung sekarang ni ( Di Perlis) harga dia lebih kurang rm 4 - 5 sahajaa, manakala mentarang kalau ikut gred yang paling baik sekarang mungkin dalam RM8 sekilo, manakala udang sekarang ni lebih kurang antara RM 25 - 40 sekilo..  jadi harga terdekat untuk di campur semua diatas ialah   RM 43.00 , kalau boleh dapat RM 35.00 kira masih boleh dapat jika anda tinggal berhampiran kuala sungai, atau adai sedara kat sana.. memang boleh dapat, tapi kalau dapat RM 12.50 tu memang syorgaaa lah.. mana nak cari sekarang ni, walaupun jagung itu di tanam sendiri...  Tapi bagi ses...

Edisi kenduri kahwin lagiii...

Okeh hari ni kami pi makankenduri kat rumah sepupu aku kat Jalan Kilang Gula.. Bertolak pukul 11.30 dari rumah mak menakan akukat belakang rumah tu, bawak juga selain mak menakan aku tu ada dua orang cucu dia Ehasan dan Fatin, dah mak dia keja jadi kenawa bawak jugak lah kan? Sampai kat sana dah pukul 12.15, jadi terus saja lah makan-makan, pasal kejap lagi pengantin dah nak sampai.. he hee boleh lah budak Athirah tu tengok pengantin, sampai ternganga-nganga. hee suka lak dia..  Sebagai rekod.. haa haa.. sepupu aku nih kira naka yang terakhir dan anak jantan sorang juga, jadi kenduri dia agak besar la sikit, hmm hari ni pon agak panas.. berpeluh-peluh juga la, mungkin juga hujan nak turun kot.. he he dah tak tau nak repot apa, layang gambor saja la..  ...pengantin sampai.. pengantin sampai... ..dua sejoli, tiba di hadapan pintu masuk rumah ..tu dia selamat di sandingkan... hmm yang pengantin lelaki tu naper mulut dia macam tu ye? selalunya elok saja? he hee.. ini dia sepup...