Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007

ee.... takutnya!

Mungkin yang tu athirah bercakap dalam hati dia.. bila tengok lembu-lembu yag dikorbankan.. tapi perasaan nak tau.. menyebabkan dia sepi beribu bahasa orang kata, tak terkutik, tak bergerak... di depan lembu yang dah terkorban..

Edisi korban 1428H

Kereta aku, kereta dia dan kereta kami!

Masa senggang itu...

Hari sabtu dan ahad.. adalah sedikit masa senggang aku.. masa dimana aku dapat buat apa yang aku nak buat, apa yang aku ingin buat dan apa yang aku boleh buat.. pendek kata sekerat hari untuk diriku.. iaitu hari sabtu pagi, petangnya bersama Athirah dan kak aku, malam besama berempat aku, athirah , mem aku dan kak aku. Besok Ahad bersama keluarga sebelah mem aku petangnya sampai awal malam sebelum athirah tido.. itu jer la aktiviti aku.. Ok minggu ni dah ada masa senggang, boleh jugak aku merayap-rayap sebentar, pertamanya aku pi amik burung ayam-ayam yang di pesan di Kampung Padang Besar Selatan, lepas tu gi hantar umah mertua aku pasal ada orang Pahang nak makan.. lepas dari hantar tu aku merayap pulak ke Kuala Sungai Baru dan tengok ada pertandingan memancing. Hmm entah la sapa yang anjurkan aku pon tak pasti.. cuma harap aku jangan jadi macam tahun lepas.. iaitu insiden buang kereta penganjur ke laut pasal peserta di tipu dengan hadiah yang tak ujud.. Lepas jengok-jengok di Pantai...

Emmm.. kembar ke ni?

update later

MBJ satu harapan

morning glory.. senyuman di pagi hari Kemarin (semalam) ada Mesyuarat Bersama Jabatan (.. atau Majlis Bersama Jabatan).. yang mana satu perjumpaan dengan semua staf termasuk staf di cawangan dan juga Perpustakaan Desa. Mesyuarat kali ni aku rasa sedikit excited dan teruja, bila aku tahu satu perkabaran.. dan aku sedang menantikan satu pengumuman dan juga kesahihan dari pihak pengurusan. Perkabaran ini membawa berita yang baik aku rasa, dan aku sedikit memberi harapan, harapan seperti bunga yang mengorak kelopak di waktu pagi dimana memberi ketenangan kepada orang yang melihat dan mencuri sekuntum senyuman mereka. Perkhabaran ini aku terima dai seorang kawan dan juga sahabat.. yang mana cara penyampaian nya seolah-olah pembawa satu utusan dari pengurusan yang mana beliau sebagai wakil penerima utusan tu, namun perkhabaran tu masih samar-samar..dan masa MBJ tuh, perkara ni langsung tak di sentuh.. adus..penat aku menanti, akhirnya kuciwa lag, mungkin belum ada berita dari pihak tertinggi...

Little green monster!

Please dont make me angry I know U dont like when i'm angry!

Roda sentiasa berputar

ada gak ada, yang penting kita ketawa, ada gak ada, yang penting kita gembira.. sekarang miskin, siapa tahu esok kaya, sekarang sengkek, siapa tahu besok tokek, roda kan berputar, kadang di bawah, kadang di atas.. suka gak suka, enaknya suka-in saja, enak gak enak, enaknya enak-in saja... Sesungguhnya roda sentiasa berputar, kadang membawa kita ke atas, dan kadang-kadang membawa kita kebawah. Sesungguhnya kita sentiasa beringat bahawa dalam kehidupan ini kadang-kadang ianya seperti roda kejap kita berada diatas di mana kita boleh buat apa saja, melakukan mengikut kehendak nafsu, mengikut kata hati.. lepas tu lebih teruknya kita lupa apa yang ada di bawah, bahkan kita tekan dan tindas dibawah, seolahnya kita akan sentiasa berada diatas, tapi roda sentiasa berputar.. bila kita ralit, bila kita terlalu mahsyuk berada diatas kita lupa bahawa suatu hari kita akan berada di bawah juga.. di tekan, ditindas, busuk , masam semuanya kita akan rasa. Moralnya! 1. Aku gayat bila diatas! 2. Janga...

Apa yang aku fikirkan?

Jadi... apa yang aku fikirkan..? aku ni jenis yang suka bersendiri? jenis yang suka angan-angan? suka memberi pandangan yang berbeza dari orang lain? jenis yang berfikiran yang orang tak nak fikirkan? jenis yang suka bagi idea, kerah orang buat keja dan hanya tolong di belakang jenis yang ketegar? orang yang tak pandai bercerita? jenis boleh menerima keadaan seadanya? boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan? yang hanya menangis dalam hati dan senyum di luar? jenis ego dan pentingkan perasaan sendiri? jenis yang reserved pada setiap keadaan untuk pertahanan diri pada setiap keadaan? entah lah apa yang aku ikirkan tentang diri ku.. siapa aku.. untuk apa aku dilahirkan..? misteri yang aku terus cuba selongkar misteri yang aku cuba nak selesaikan dan rasa pencarian itu satu perjalanan yang jauh.. yang aku tak dapat selesaikan dalam satu keadaan.. dalam satu masa..