YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula Isnin, 10 Jun 2024. Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 00:00 (12:00 tengah malam) pada hari Isnin, 10 Jun 2024 di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia. Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter. Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor sektor yang layak: Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi k...