Skip to main content

Diesel oh diesel

 

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula Isnin, 10 Jun 2024.


Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 00:00 (12:00 tengah malam) pada hari Isnin, 10 Jun 2024 di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia. Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.


Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor sektor yang layak:


Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan-kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal pada harga RM 1.88 seliter. Diesel bersubsidi untuk nelayan kekal pada harga RM1.65 seliter Penyasaran subsidi juga diperkenalkan dalam bentuk bantuan tunai melalui inisiatif berikut:

  1. Bantuan tunai BUDI Individu sebanyak RM200 sebulan kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung perbelanjaan bahan api diesel yang meningkat; dan
  2. Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi untuk mengurangkan kesan kepada punca pendapatan mereka.
  3. YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan tujuan Kerajaan melaksanakan penyasaran ini adalah untuk membendung ketirisan diesel subsidi yang kian berleluasa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara. Kerajaan berbelanja sebanyak RM14.3 bilion untuk subsidi diesel pada tahun 2023.

“Malaysia tidak mampu untuk terus kerugian berbilion ringgit akibat penyeludupan dan penyelewengan diesel yang berleluasa, sedangkan wang itu lebih baik dibelanjakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan membangunkan negara,” kata beliau.

“Kumpulan pertama yang meliputi lebih 30,000 penerima bakal memanfaat bantuan BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 yang didepositkan ke dalam akaun bank mereka pada 10 Jun 2024.

“Individu layak yang belum memohon BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi masih boleh menerima bantuan bagi bulan Jun 2024 sekiranya mereka membuat permohonan sebelum akhir Jun 2024,” tambah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah.

Kerajaan menyarankan individu pemilik kenderaan diesel, petani kecil dan pekebun kecil komoditi yang layak untuk memohon BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my.

Pemilik kenderaan logistik yang layak juga boleh memohon untuk mendapatkan fleet card di bawah SKDS 2.0 di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.


Putrajaya
9 Jun 2024

Comments

Popular posts from this blog

COVID19: Tuhan itu maha adil..

Sani Feri

Laut itu...