Sebagai sebahagian dari wilayah Kesultanan Kedah, Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa rasmi Setul. Umat Islam Setul bertutur dialek yang lebih hampir dengan Dialek Melayu Perlis berbanding dengan Dialek Melayu Kedah (Asmah,1986). Sementara Bahasa Siam sudahpun mengambil tempat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran dan perdagangan, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda turut terhakis dengan pantas. Sebagai perbandingan, rakyat Malaysia berketurunan etnik Siam beragama Buddha baik di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Kuala Lumpur masih boleh bertutur Bahasa Siam dengan fasih menggunakan Dialek Tak Bai atau Dialek Nakhon Si Thammarat (Siri Neng Buah, 2004). Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu agak berjaya kekal sebagai bahasa asas Pengajian Islam di Setul. Penulis sendi...