Skip to main content

Belat Apuih...



Sebagai  sebahagian  dari  wilayah  Kesultanan  Kedah,  Bahasa  Melayu  pernah  menjadi bahasa rasmi Setul. Umat Islam Setul bertutur dialek yang lebih hampir dengan Dialek Melayu Perlis  berbanding  dengan  Dialek  Melayu  Kedah  (Asmah,1986).  

Sementara  Bahasa  Siam sudahpun mengambil tempat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran dan perdagangan, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda turut terhakis dengan pantas.  

Sebagai perbandingan, rakyat Malaysia berketurunan etnik Siam beragama Buddha baik di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Kuala Lumpur masih boleh bertutur Bahasa Siam dengan fasih menggunakan Dialek Tak Bai atau Dialek Nakhon Si Thammarat (Siri Neng Buah,  2004). 

Walau  bagaimanapun,  Bahasa  Melayu  agak berjaya  kekal  sebagai bahasa  asas 
Pengajian Islam  di Setul. Penulis  sendiri pernah merasai  suasana di  Setul khasnya  di  Masjid Kampung Guar di mana khutbah jumaat disampaikan dengan versi Bahasa Melayu yang singkat lalu diterjemahkan ke dalam Bahasa Siam dengan panjang lebar.  

Dialek Melayu  Perlis masih dituturkan  di beberapa perkampungan  di Setul,  antaranya Kampung  Guar,  Tanjung  Pauh,  Tanjung  Gabus,  Puju,  Kampung  Chelong  dan  lain-lain.  

 

Sesungguhnya Dialek Perlis telah berkembag luas dari dahulu, da kini bahasa-bahasa Perlis terus di kaji dan teroka untuk tatapan generasi akan datang. Video ini merupakan Dialek dari kawasan Utara Perlis tertumpu di bahagian Abi dan Beseri. Namun masih ada lagi dialek lain di kawsan lain di Perlis.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....