Pesta Air Perlis, pastinya pesta tahunan yang di nantikan buat rakyat Perlis, terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam pertandingan-pertandingan air ini. Tapi yang menjadi tarikan utama ialah Perlumbaan Perahu panjang yang menjadi sangat objektif bagi mereka, menjadi satu passion atau boleh di katakan satu kegilaan bukan sahaja peringkat belia, malahan juga bagi golongan veteran turut memberi sokongan seratus peratus, manakala bagi golongan kanak-kanak merupakan satu mainan mulut bercerita sesama mereka. Persiapan perlumbaan perahu panjang ini bukanya mudah, sebulan pertama perahu yang sama di gunakan untuk latihan berkayuh. Ketepikan soal kerja menagkap ikan ( kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan) , ketepikan juga keseronokan lain, siang berkayuh malam mengatur strategi. Habis latihan, tiba masa untuk menghias perahu. Pertandingan perahu panjang ni diberikan kepada 2 kategori, iaitu perahu 12 dan perahu 16. Menjelang hari perla...