...sambungan siri lepas RIWAYAT SEJARAH SAHABAT : ANTARA FAKTA DAN KEKELIRUAN (siri ke-3) Inilah juga kaedah yang telah digariskan oleh al-Imam al-Tabari sendiri dalam penulisan sejarahnya. Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir al-Tabari mengatakan: فما يكن في كتابنا هذا من خبر ذكرناه عن بعض الماضين مما يستنكره قارئه، أو يستشنعه سامعه، من أجل أنه لم يعرف له وجها في الصحة، ولامعنى في الحقيقة، فليعلم أنه لم يؤت في ذلك من قبلنا، وإنما أتى من قبل بعض ناقليه إلينا؛ أنا أنما أدينا ذلك على نحو ما أدي إلينا. “Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”. (...