Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Anief dan Mama di Pantai Merdeka

       

Aksi Anieq di Pantai Merdeka....Part 2

         

Al Kisah aksi Athirah di Pantai Merdeka...1

         

Kecoh di Mahkamah Majistret Kangar

Kangar: Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam. Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi. “Suami wanita berkenaan juga sebak dan menangis melihat keadaan isterinya lalu memaksa majistret mempercepatkan keputusan terhadapnya. “Malah, saya mencadangkan bayi itu dinamakan Mohd Arif Hakim kerana dilahirkan di mahkamah ini dan dipersetujui bapa bayi berkenaan selain pihak mahkamah bercadang mengambilnya sebagai anak angkat mahkamah ini,” katanya. Sumber : HMetro

Tiba-tiba melankolik pulak....

Hmmm.. tiba-tiba melankolik pulak yang keluar semalam.. apa taknya sekarang ni Perlis sedang di landa Winter Wind.. angin yang kuat dan sejuk tapi kering.. betui sejuk sungguh.. sampai kan nak mandi pon tergigil-gigil.. maklum lah bilik air rumah kampung nih mesti ada bata yang bunga yang berlubang sana sini.. jadi memang angin akan telus masuk.. hu hu..  Oh... apa yang melankoliknya..? Ya.. lebih pada kenangan.. dulu kalau zaman budak-budak bangun sebelum subuh nak pergi sekolah, mesti terdengar desiran daun nyok (kelapa) dah tu pulak bila nak pergi mandi saja alahai satu pasal pulak, dia punya sejuk terasa macam air dalam peti ais.. maklum lah air dalam kolah.. kena lah jerang air bagi panasa sikit campurkan air sejuk nih.. baru boleh mandi. Tapi sudah mandi mesti gigil lagi.. hu hu best betul.. 

Berdebu..

Aduhai.. berdebu sudah blog aku nih,.. lama sungguh tak masuk entri-entri baru, banyak juga cerita-cerita dan peristiwa-peristiwa yang boleh di garapkan kat sini... mana dengan cerita-cerita bercuti yang episod dua pon belum, cerita Athirah masuk sekolah.. dan juga cerita-cerita masa kini.. adeh masih tak ada aura nak mengarang kot.. atau nak berlama dengan blog pon tak dan.. isk

Anieq Nu'man dah sekolah

Akhirnya.. Anieq Nu'man bersekolah juga.. lepas puas pujuk sana-pujuk sini, bertukar sekolah.. akhirnya dapat juga sekolah yang serasi lah kot.. dan sekolah tu dekat juga la dengan sekolah Ayong..  moga-moga akan berkekelan lah sampai hujung tahun 2013 nanti..  bila dia nak pi, semangat je... Alkisahnya dia dia bermula dari pertengahan bulan 12, 2012 lagi.. dua minggu sebagai tempoh percubaan dengan di bayar yuran bulanan tanpa yuran pendaftaran persekolahan lagi.. Bila dah ok tu awal tahun 2013 baru lah bayar penuh yuran persekolahan dia termasuk dengan pakaian seragam serta buku-buku yang akan digunakan nanti. Macam biasa yuran Pasti, Tadika mesti lagi mahal dari yuran sekolah.. aduhai..  nih.. Pakaian Seragam hari Jumaat...  Kalau suruh senyum nyer buat lawak la pulak Masa persekolahan dia dari pukul 8.00pagi sampai pukul 1.00 tengahari.. kadang awal kadang lewat tu lebih kurang lah kan. Macam biasa kalau sebu PASTI.. memang cara dia lain lah ...