Frasa ialah sekumpulan perkataan. Pendeta Za'ba menyebutnya sebagai rangkai kata. Tetapi , satu perkataan pun boleh menjadi frasa. Contoh: burung tiga ekor burung tiga ekor anak burung helang ketua ketua kampung seorang ketua kampung tiga orang ketua kampung seberang Klausa ialah ayat dalam ayat. Pendeta Za'ba memanggilnya ayat kecil . Oleh itu klausa mempunyai subjek dan predikat. Contoh: Ayah pergi ke laut menangkap ikan dan emak bekerja di kilang elektronik. Ayat 1 : Ayah pergi ke laut menangkap ikan. Ayat 2 : Emak bekerja di kilang elektronik Kata hubung : Dan Jadi kepada pemebaca semua, kita selalu sebut frasa dan klausa. Tetapi kita tidak pernah ambil tahu maksud frasa dan klausa. kadang-kadang ada orang bertanya, apakah frasa dan klausa? Nah, ini jawapan ringkas yang boleh kita berikan! ............. Macam ni lah jadinya... Bila mama & Abah kena studi balik bila nak ngajor Anak buat keja sekolah... Lupa abis ilmu-ilmu dulu.... Nasib Baik lah juga ada...