Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Swimming lagi, jommm

Sabtu kemarin, sempat juga Ayong gi swimming, iye lah.. dah minggu lepas tak dapat pegi, minggu ni tak leh nak uti lagi la, ka;lau tak sayang je kelas dia, baru je dia nak beranikan diri untuk menyelam dan berenang pendek dengan bantuan ikgu dia, hmm masih baru.. tak sampai 4 minggu pon lagi. Kiranya takut2 tu masih tinggi la lagi, mungkin berkat pelajaran cikgu dia sebulan dua nih dia makin berani dan konfiden lagi la...  Sambil sambil tu sempat sempat juga bawak Anieq pi mandi-mandi jat kolam sebelah yang lebih cangkat dan  keil untuk budak, hmm masih malu-malu lagi dia, hmm nanti dah sekolah ka baru leh masuk kolam besaq kot.. Dah letih mandi , tunggu Ayong siap lah... 

Sharing is Caring ... SIDS

Beritanya... Bayi mati mengejut            SEPANG: Kematian bayi berusia enam bulan yang disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang petang kelmarin selepas dilaporkan lemah ketika dalam jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, didapati tiada unsur jenayah. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, hasil bedah siasat dijalankan hospital semalam mendapati mangsa, Aryaan Hafizh Ali Imran meninggal dunia disebabkan mati mengejut atau ‘Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)’. “Kami menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan semalam (kelmarin) dan susulan laporan itu, bedah siasat dijalankan dan mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah, sebaliknya disebabkan masalah sindrom bayi mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, bapa mangsa, Ali Imran Mohd Noordin, 30, mengesahkan menerima hasil bedah siasat anaknya yang dijalankan Hospital Serdang dan tidak bercadang mengam...

Sharing is Caring...

Sharing is Caring...

 KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA Ianya Amalan Berbentuk Sedekah Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda: يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى. Maksudnya: Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah,...

Happy Birthday ke 6

Semalam Athirah dah genap 6 Tahun... dah besar sudah, sudah mula bersekolah juga.. walaupon masih di Pra Sekolah, tapi tetap bersekolah juga lah kan... jadi hari-hari kena pi sekolah bukannya Tadika. Hmm Alhamdulillah boleh juga dia membaca kalau tak banyak sedikit2, merangkak-rangka pon dah pandai nih, sekurang-kurangnya kalau tak pandai macam kawan-kawan lain tapi dia pandai dari abah dia masa dulu..  Sekarang dia dah ada aktiviti Ko Kurikulum dia juga, biar pun setiap hari Sabtu tapi dah ada juga aktiviti, berenang tu juga satu aktiviti kan, baik dari abah dia dulu, aktiviti yang abah dia pandai seusia dia ilah main, main dan main.. he he mai aci, ketop (aci semunyi), main bola dalam bendang, makan mempelam muda tak kira dimana, sawah orang ka, kampung orang ka, masjid ka, bedal je.. semuanya freee..  Jadi kiranya... suasana zaman sekarang lebih baik dari dulu, macam-macam ada, Ipad la, Iphone la.. Komputer game, Arcade Game lah.. dan bermacam-macam game ada....

Dua hari bersama..

Wajah-wajah..

Hmm teringat pulak wajah-wajah mereka-mereka yang menerangi kehidupan ku kini... di kala umur depa 6 bulan masing-masing dengan ragam mereka..  Athirah masa 6 bulan Anieq Nu'man Anief Najwan Ada yang sama? Ada yang beza..? 

Fenomena air pasang besar...

 Ni gambar yang di ambil dari facebook menunjukkan air melimpahi benteng akibat dar fenomena air pasang besar dan air laut yang sedang pasang.. adakah juga mungkin kesan dari Transit Planet Zurah melintasi matahari, isk mungkin satu kebetulan atau mungkin juga hakikatnya.. tapi kesannya jalan sepanjang dari Kuala Perlis ke Kuala Sungai Baru atau mungkin ke Kuala Sanglang di naiki air.. jadi mungkin sebahagian jalan tidak dapat di lalui..   

Selamat Pagi...

Pagi-pagi masa nak hantar Anieq dan Anief ke rumah mak ngasuh dia, macam ni lah rupanya, cakap tak pandai gi, tapi mata melilau merata, badan tak penah yang diam.. hu hu kalau kena agah dia gelak-gelak juga.. hmm

Malam Perkhidmatan Awam

video tak rasmi.. Macam tahun lepas juga, tahun ni terlibat pula dengan malam Perkhidmatan Awam sempena sambutan Ulangtahun DYMM Tuanku Raja, dan majlis malam tu juga di serikan dengan keberangkatan Tuanku Raja, Raja Perempuan, Raja Muda dan juga Raja Puan Muda. Juga malam tu setiap persembahan akan di pertandingkan, jadinya Tuanku sendiri yang akan memilih pemenangnya, ada 10 jabatan yang terpilih menjayakan persembahan pada malam tu, dan kumpulan kami adalah peserta yang terakhir sekali membuat persembahan. Alhamdulillah berjaya juga kami menjadi Juara dengan persembahan berjudul Dikir Apa Nak Jadi.. untuk makluman juga persembahan malam tu bertemakan Komedi.. heh heh happening.. 

Bloop! Bloop!

bloop.. bloop!! Bloop!! bloop!! bloop!! Bloop!!! .... Bloop! bloop!! bloop!!! Whuarghh...!!! Hmmm , dulu kalau nak mandi, kena pegang kita dulu baru mau terjun, lepas tu belakon jer lebih kata nak meyelam bagai, padahal rejam kepala dalam air, tu pon sekerat saja, tapi la nih berani lah sikit dok boleh bergayut tepi kolam tuh, walaupun kaki tak sampai bawah tapi boleh juga dok main-main, sambil dok belajaq menyelam lagi.. tapi time cikgu suruh terjun, hmm maish belum berani oooh... ! Tak pe pelan-pelan lah ye...  (errr abahnya ober eksaited kot.. tapi kena sabaq menanti la..)

kenduri..kenduri...

Jom makan kenuri, musim kenuri datang lagi, hari ni saja ada dua kenuri, kemarin ada tiga, ayoooo gemuk la ini macam... tapi ini orang tido jugaaa suka...

Isk sibuk pulak Pekan Kuala Perlis..

Wah, malam ni pi Pekan Kuala Perlis, ingat nak cari udang, kononnya mama nak buat goreng udang besok pagi, he he kalau nak makan kat Medang ikan bakar memeang kena pancung la musim cuti sekolah ni, orang ramai ooohh kalau tak caya  tengok aje la, lorong yang selalu sepi jadi sibuk gak... isk  beli udang kat sini aje, ikan-ikan bosar pon banyak, harga boleh di runding dengan Bang Mie, tapi jangan utang nanti dia marah.. he he he... beralih belakang ternampak kedai ais blended nih, hmm kedai baru nih.. 

Sabtu, hari bloop! blooop!

Macam biasa hari sabtu ialah hari bawak Ayong pi berenang... jadi macam biasa la no, kita bloop bloop.. bubbling!