Hmmm.. sudah 3 hari berhari raya, baru terlintas nak ku coretkan disini, ntah lah.. sungguh aku jadi malas+segan+tak rajin nak mengupdate kat sini, macam sudah mau berputus arang, tapi nehi-nehi tak akan aku berpatah arang di sini, walaupun pelan-pelan kayuh kata orang, asalkan terus tak tertinggal di belakang dah kira ok lah kan..? Kenapa harus aku segan+malas+tak rajin nak update blog nih, mungkin juga kerana aku asyik melayan FB, FV dan sebagai nya, membawa dari rumah ke pejabat, dari pejabat bawak balik kerumah.. aduhai sungguh aku addicted to FB, ... Sebelum apa-apa baik aku update tentang raya sikit, tentang Anieq sikit, tentang athirah sikit, ada juga coretan yang leh tinggal dan tak tanggal kat sini kat? Raya haji tawun ni bagi aku sungguh slow lah, tak ada majlis korban di masjid, hmm entah pasai apa tah, adakah pasal tiada yang sumbangan untuk di buat di masjid, juga mungkin kekurangan orang nak pesah (berkerja) kat masjid, hanya ada dua kumpulan pada hari raya pertama, satu...