Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Mencari pensil warna Athirah...

Isk.. entah macam mana aku nak mulakan, dah lama jari jemari aku tak menari kat keyboard nih untuk mencoret bait-bait kata, bercerita serta berkisah kat sini, entah apalah virus yang sedang melanda diri aku ini. Bila dah selalu ber blog aku tergoda pulak dengan facebook, tapi tetap jugak ku jengok kat sini, walaupun tidak ku tinggalkan jejak. Harapan aku agar jemari ku ini akan kembali cargas kat sini nanti.. sabo saje la... Apa-apa pun, terigin lak aku nak singkap kisah Sabtu lepas, di mana seharian hari tu Athirah dok sebut nak pensil warna saja, bangun-bangun tido dah dok sebut2.., mungkin juga dia teringatkan pensil warna Syafik & Nafis yang tak puas dia godam dulu, dah di bawak lari .. he hee tersebut-sebut macam tu, hmm jadi ingat petang sikit boleh lah cari kat mana-mana, tapi tengahari tu ada makan-makan kat rumah Tok Ngah depa kat Kodiang. De ngan anggapan yang masa balik nanti boleh cari pensil warna dia kat Wah Siah ka, Din Borong ka, tak pun kat kedai Rm2.00 saja pun

Kisah 2 Jejaka, 1 dara dan sorang mama...

Hehe.. tak ada apa apa kisah pon sebenarnya, hanya setelah lama tak makan bihun sup kat gerai dekat dengan rumah ni, dulu ianya agak femous juga lah, tapi semenjak dua menjak selepas isteri Harun ni meninggal kerana kanser payudara maka perniagaan dia pun jadi slow, aku tak pasti samada kerana isteri dia, atau kerana harun tu sendiri yang melariskan perniagaan dia.. jadi semalam tiba-tiba saja mama budak2 nih ajak pi situ, jadi on sajalah pasal keta pon nak kena boh minyak.. ..bihun sup Harun Setelah sekian lama tak makan bihun sup dia, rasanya dah banyak berubah, kalau dulu tuh memang kaw-kaw punya sedap, dah tu berminyak-minyak lemak dia.. hmm itu yang aku jarang makan tuh, kang banyak sangat minyak dan lemak tak baik unuk kesihatan... masa sampai kat kedai bihun sup ni dah pukul 6.15 petang, suasana petang yang agak malap seolah nak hujan tu menjadikan suasana malam lebih terasa.. Duduk saja terus saja order 2 bihun sup biasa dan satu bihun sup kosong untuk Athirah & adik A

Dari Minda Tajdid - Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati

  Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan. Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa

.. aku akan kembali

bertapa sementara.. (gambar sekadar hiasan) Adeh sudah lama aku tinggalkan dunia memblog ini, sudah bermacam cerita tidak dapat aku paparkaankat sini, mengapa ye.. ade lah tu, dengan fikiran tak menentu, masa tak menentu, juga idea nak mengarang pon tak mennetu, membuat kan jemariku malas untuk bergerak laju macam biasa, maka terleka lah aku di satu lembah, dengan cuba untuk tukar karier dari blog ke bertani.. agak berjaya tapi kepuasan ku entah di mana.. jadi aku akan kembali.. cuma masa yang akan mennetukan.. sabo aje lah ye...