Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2005

Sejarah Jalur Gemilang

Jalur Gemilang Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir. Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Undian pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir telah disiarkan pada 29 Nov 1949. Rekaan yang terpilih menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Rekaan ini adalah ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan tela...

Kuala Perlis : Sekarang

Kuala Perlis yng sedang rancak membangun Ini Kuala Perlis baru.. Kuala Perlis yang telah berubah.. berubah mengikut zaman.. terbinanya satu Persiaran baru dan juga sebuah hotel baru iaitu Hotel Brasmana Putera.. ia akan tetap akan terus berubah..

Kuala Perlis : Dulu

Kuala Perlis.. sekitar 70an - awal 90an Kuala Perlis.. pasca pembangunan. Ini lah Kuala Perlis.. kalau zaman awal merdeka dan zaman awal pembangunan di sini lah Pekan Kuala Perlis.. pekan yang terkenal dengan hasil ikan dan pengkalan feri ke Pulau Langkawi.. ini lah pengkalan asalnya..inilah sisa yang masih tinggal.. untuk dikenang sepanjang zaman.

Aduhai pak tani.. musim menuai dah tiba lagi..

Musim menuai dah tiba,.... heboh lah seantero negeri.. musim maenuai dah tiba.. menderu deramlah mesin menuai padai.. berkejaran lori mengangkut padi.. akan beratur panjang lah lori-lori di kilang.. dan tersenyum riang lah pak tani.. setelah 4 bulan menjaga dan membaja padi.. kini hasil dah mula menjadi.. hasil akan di tuai.. dan hidup terus berbunga kembali... aduhai pakk tani...