Skip to main content

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad



KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. 
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA 


... dah nak tengok anak bulan, bermakna Ramadhan akan menjelang lagi, musim berpuasa dan meningkatkan amal ibadah, musim memperkukuhkan iman juga musim mentarbiahkan diri, ada juga berpendapat Ramadhan adalah sebaik-baik bulan untuk buat check and balance atas segala tingkah laku, amalan dan peribadi kita sepanjang tahun, mungkin bagai kembali ke sekolah untuk mentelaah semula apa yang telah terlebih, terlajak mau pun tersalah langkah.. 

Tahun ni Ramadhan mungkin menjadi majlis suai kenal untuk Athirah untuk belajar berpuasa, dengan harapan serba sedikit nanti dia akan terus meningkatkan keyakinan untuk berpuasa.. Mungkin tahun ni boleh bersama lagi di Majlis Hilal Ramadhan di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis, yang mana tahun lepas tidak sempat untuk menghadiri majlis nih.. penuh dengan kenangan dan juga nostalgia ...

Comments

Abu Idris said…
arrayah.info - Lokasi Lihat Anak Bulan Bukan Rujuk Hanya di Malaysia Sahaja

Popular posts from this blog

Salam Maghrib.. Sudah² ka.. moh le balik..

Buah yang Comel2