Skip to main content

Tour De Merbok







Okeh, Khamis tuh, akak aku balik, selalunya kalau balik mesti sekurang-kurangnya seminggu. tapi k ali ni kejap je dia balik, rupa-rupanya nak hantar anak menakan aku tuh masuk UiTM kat Merbok Kedah, isk dah besaq ropanya anak menakan aku nih, dah boleh merantau bawak diri, hmmm alang-alang tu pon kami tumpang sekaki    aavv la pegi hantar jugak, kononnya sebagai penunjuk arah la, tapi pada hal kami yang dok follow depa saja... ha ha ha.Kami bertolak dari rumah dalam kol 10 dah, al maklumlah dengan ada bebudak kecik lambat lah dan siapkan depa kan? Kol 12.00 macam tu sampai lah, selepas dua tiga kali berenti.. ha ha biasa la jalan sendiri, berenti ikot suka lah kan? Proses nak masuk asrama kali ni tak la lama, cuma sampai jer terus masuk asrama, tiada proses pendaftaran yang ni yang nun.. dah siap daftar dan masuk bilik semua, ada lagi peluang untuk pi makan2 kat luaq dulu.  Lepas tu terus menghala ke Tanjung Dawai, konon nya nak cari kedai makan pastu kalau sempat boleh shopping barangan laut sekali.



Singgah kat kedai makan nih, nama dia 'Naim Gulai ikan Semialang' err macam tu kot nama dia tak pasan lak, punya lah ramai orang dok makan, kena tunggu turn nak order la, sementara makan nak sampai da kol 2.00 dah, makannya kejap je, nasib baik makanan dia ok-ok juga la, kalau tak harus aku masukkan gambar dia dalam ni.. Habis makan dah dekat 2.30 petang dah, isk mana nak sempat nak ronda-ronda dah kan, jadi amik keputusan untuk terus pergi hantar anak menakan aku, tapi aku dan mem sampai sekerat jalan saja la pasai kami singgah kat masjid, inn perut punya hal lah tak dapat nak tahan-tahan gi dah, jadinya depa saja lah terus ke UiTM merbok tu...

Balik dari hantar anak menakan aku tuh, baru lah patah balik ke Tanjung dawai, beli keropok lebih kurang, kak aku berborong juga nampaknya, mungkin sesekali mai nak bawak balik Shah Alam la tuh. Perjalanan balik menggunakan jalan kampung melalui Yan ke Alor Setar baru patah balik ke Kuala Perlis, Okeh lah tu jalan elok dan berbukit-bukit dan pastuh jumpa sawah bendang lagi, memang sungguh seronok la, sampai umah dah dekat kol 6.00ptg.













Comments

Az...... said…
nak gambaq buleh dak

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....