Skip to main content

Kembara hari ni...

Selepas semalam bercuti, hari ni kerja macam biasa la, dan ada tiga destinasi hari ni, yang mana jarak antara satu dalam 15 - 30 km jauhnya, takle jauh sangat kan? Okeh pagi-pagi dalam jam 8.30pg kami dah bertolak, dan destinasi pertama ialah Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, cuaca yang elok pagi ni, mencetus idea nak tangkap gambar lah pulak.. hasilnya jadilah macm ni...

Seronok kan dapat lihat langit yang biru serta terang benderang, tapi sayangnya tiada pengguna yang nak gunakan perkhidmatan yang disediakan, mungkin pasal awal pagi, lepas tu pulak budak-budak masih kat sekolah, jadi sunyi jer lah kan, sehingga jam 10.15pg, kemudian bertolak pulak ke RPA Pauh, tapi tak sempat lak amik gambar.. 

Sambung pulak waktu petang , ada lagi satu hentian yang perlu di lawati, iaitu PD Kampung Bongkok, Padang Lati,  Santan Perlis.. oleh kerana hentian ni singgah waktu petang maka, sambutan dia amat menggalakkan.. jom kita tengok


 
Sampai saja kat sini, dan selepas budak-budak naik saja, hujan pulak turun....

 
Ini sebahagian dari pengguna perpsutakaan E Pustaka

 
dan lagi...

pendek kata.. petang-petang nih, perkhidmatan tidak mengecewakan la.. tapi tu lah seminggu dalam 5 tempat saja la...

Comments

risanur said…
salam sikelu..
ingat dulu masa zaman kanak2 dulu...sonok je berada dalam library bergerak ni...masih ingat lagi buku ceta 'mari lah sayang' kot...layan je masa tu..tapi dulu takde pc...
Neeza Shahril said…
baguslah perpustakaan bergerak sekarang. Ada internet ke tuh? bagusnya.. dulu2 setakat pinjam buku je... rugi la kalau anak2 tak gunakan kan..

Popular posts from this blog

Jom Hiking daa

Majlis Pelancaran Karnival Membaca!

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..