Skip to main content

Recap.. program bacalah manjaku2

Minggu lepas, 14.05.09 aku pergi satu program perpustakaan yang dijalankan di Klinik Talasemia Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.. sebelum ni aku aku pon tak tahu apa itu Talasemia.. jadi aku mengadap la Mr Wiki nih cari apa itu Talasemia, secara ringkasnya :- Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin(Hb) yang rendah (anemia). Kalau nak tau lebih lanjut boleh la rujuk kat Mr Wiki nih..

Program ini di beri nama 'Bacalah Manjaku', mungkin kerana kanak-kanak ni sentiasa mendapar rawatan selalu di sini, maka depa pon dah jadi macam anak angkat hospital.. dan program 'Bacalah Manjaku' ini merupakan satu program amal, di mana wad Talasemia ini akan di tempatkan Bahan-bahan bacaan juga barangan permainan. Bahan bacaan ini di sumbangkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, manakala set permainan di sumbangkan oleh Yayasan Emkay yang juga mengendalikan I Play Toy Library. Raja Perempuan Perlis,D.Y.M.M Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid berkenan mencemar duli untuk merasmikan Program Bacalah Manjaku sempena Sambutan Ulantahun Hari Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis ke 66 bertempat di Dewan Mawar,Hospital Tuanku Fauziah,Kangar,Perlis pada  14 Mei 2009(Khamis) jam 9.30 pagi. 



Ketibaan Tuanku Raja Perempuan Perlis

Persembahan dari kanak-kanak pesakit Talasemia

Artis jemputan.. Nurul bercerita kepada anak-anak pesakit Talasemia

Selepas acara rasmi.. maka sesi bergambar bersama Tetamu Di Raja dan Tetamu undangan lain

Acara sampingan lai ialah permainan I Play Toy Library, ada juga Kolaj Bijirin, Aktiviti Mewarna, Bercerita dan juga bermacam-macam aktiviti lagi.. 

Comments

Neeza Shahril said…
meriahnya... nurul ex ajai ke tuh zul?

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh cik puan mana hilang? Dalam dapur atas para