Skip to main content

Al Kisah si Tanjung....

Si Tanjung dengan anak-anaknya... 
Al kisahnya.. sekor kucen kat umah aku ni, yang nama glamornya Si Tanjung, telah melahirkan 3 ekor anak, tapikan.. mem aku kan takleh nampak, dengar bunyi anak kucen, mesti histeria punya, jadi lepas dia beranak saja aku cepat-cepat bawak naik rumah atas, konon-konon tak nak bagi mem aku tau laa.. tapi kan nak di jadikan cerita.. hari Jumaat lalu.. entah macam mana , aku lupa nak tutup pintu bilik kat rumah atas tu, dan si Tanjung tu pulak pandai-pandai pindahkan anak dia ke bilik bawah sampai mem aku nampak, mem aku apa lagi terus histeria  lalu angkat adik anieq terus lari keluar rumah, lepas tu dia call aku kat pejabat sambil nangis2.. adeh cepat-cepat aku balik rumah.. akunak pindahkan balik si Tanjung naik atas pon dia dah tak bagi.. takut kata mem aku, jadi mau tak mau aku tumpangkan la Si Tanjung tu kat umah mak menakan aku... letak kat dalam sangkar.. kesian lak tengok dia.. tapi nak buat macam mana kan...? Dudukla di situ buat sementara waktu.. lepas tu? entah la... 

Comments

Neeza Shahril said…
hehee... nak try imagine mem kena histeria bila nampak si tanjung..
neeza pun tak suka bela kucing..
neeza cuma suka tengok aje tapi janganlah ada dalam rumah..
tak suka! tak suka! hehehh..
Anonymous said…
Eeeeiiii Kelu ... kesiannya ... Tanjung tuh. Kak Long nak tolong bawak balik bela pun ... kang bergaduh pulak ngan Kelisa Kak Long yang sedang sarat tuh (Errr ... tak tau pulak dah berapa bulan dah ... Tu pun nampak gaya dah tak lama dah ... dah dok ronda kat dalam rumah Kak Long dah nak booking bilik 'bersalin' laaaa tuh! Padahal Kelisa nih siap ada rumah comei lagi kat tepi 'porch' keta Kak Long Comei ...) yang comei tuh.
IxoR@ said…
Comel kucing tu, mata dia HIJAU ye?

Kalut gila agaknya mem Sikelu tgk ada kucing kt atas umah....sy dapat bayangkan keadaan tu...hahahahha :D
Zul Abdullah said…
neeza..
he hee.. ingatkan dia main2 sajork.. rupanya sungguh la.. berpeluh-peluh kita nak pindahkan kucen tu..

kak long
si tanjung nih kalau namk kelisa mesti dia makan punya..

Ixora
kucen tu bermata kelabu, tapi silau flash jadikan dia ijau... emm mmg kalut , dan masa tu pon tengah kalut keja...

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....