Skip to main content

Duit Plastik : apa pendapat anda?


Hari ini saya terbaca satu artikel yang menarik berkenaan Kredit Kad daripadaCNN, bertajuk Life Without Plastic. Ianya sangat menarik dan saya ingin berkongsi beberapa isi penting yang saya perolehi.
Tahukah anda dengan berbelanja menggunakan kredit kad, pembeli sebenarnya mempunyai toleransi tinggi untuk berbelanja pada barang yang berharga yang lebih tinggi berbanding jika menggunakan wang tunai. Kajian yang dijalankan di McDonald menunjukkan setelah mereka mula menerima kredit kad pada tahun 2004, pelanggan Kredit Kad membelanjakan US7 secara purata vs US4.5 apabila mereka bayar menggunakan wang tuna. Ini bermakna, pengguna Kredit Kad membelanjakan 35% lebih tinggi dari kadar perbelanjaan menggunakan wang tunai.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sebelum ini, saya mempunyai 2 KK iaitu dari Maybank dan Citibank. Sejak membaca tentang banyak buku-buku Personal Finance terutamanya buku Total Money Makeover, saya membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Kad Kredit. Untuk KK Citibank, saya buang terus pada bulan Mac 08. Tetapi Maybank masih berada di dalam dompet kerana komitmen membayar 2 laptop secara bulanan yang dibuat sebelum berjumpa buku TMM ;) Kalau ada duit pon tidak dibenarkan bayar habis. Tak pelik kan, sebab mesti bank dah buat keuntungan di situ walaupun katanya’ zero interest’.
Pengalaman menggunakan Kad Kredit tidak perit mana. Saya tak pernah kene interest bulanan tapi pernah kene 2 caj iaitu: Caj bayar lewat RM5 ( dua kali bermakna RM10) dan Caj kehilangan Kad Kredit RM50. Dulu saya nampak Kad Kredit sangat perlu, jadi apabila Kad tiada, saya sanggup dapatkan semula kad baru. Itupun memang kecuaian sebab kad sebenarnya tak hilang ada terselit kat celah-celah bahagian dalam kereta.Berapakah kerugian saya disitu? RM60!
Sejak tidak menggunakan Kad Kredit memang saya amat merasakan yang saya menjadi lebih Frugal ( berjimat cermat)! Awas, Frugal bukan bermaksud kita perlu menjadi ‘murah’. Suka sangat saya dengan The Art Frugal Livingyang ditulis oleh J.D ini. Dengan membayar menggunakan wang tunai, saya merasakan perbelanjaan lebih terancang dan ini membolehkan saya membuat lebih pelaburan.  Ingatkan dulu susah sangat berbelanja tanpa Kad Kredit, tapi sebenarnya mudah saja.
Teringat saya pada bulan April lepas, seorang agen Kad Kredit dari sebuah bank approach saya untuk menjadi pelanggannya. Dia tidak berjaya berceramah kerana mulut saya tak berhenti menceritakan bahaya Kad Kredit, lebih-lebih lagi bila saya tunjukkan buku TMM yang kebetulan ada di sebelah. Saya kata baikla awak ni jadi agen Unit Amanah, dapat bantu orang buat pelaburan untuk masa depan, bukan menjual plastik tersebut yang kononnya medium kecemasan tetapi sebenarnya membantu orang membuat hutang dan menghancurkan masa depan. Kesian brother tu, sorry eh brother. Tapi dia kata dia kagum dengar celoteh saya, macam seorang Certified Financial Planner eheh :p . Anyway brother.. itu memang goal saya..to be CFP. Tapi you pon memang cool la.
Sesetengah daripada individu merasakan at least one Kad Kredit perlu .  Perlu macamana?  Tepuk  dada tanya selera! Di dalam artikel CNN tersebut, penulisnya Rosato juga berkongsi dengan kejayaan 10 keluarga yang berjaya hidup tanpa Kad Kredit. Mereka hebat. Saya juga tidak sabar untuk hidup tanpa plastik tersebut. hehe
Rosato membuat kesimpulan menarik:
So maybe living without plastic won’t make you thinner, more athletic and healthier. But there’s no doubt that giving up credit cards can go a long way toward helping you spend less and save more. Who doesn’t want that, especially today?
Bagaimana dengan anda? Sanggupkah anda hidup tanpa Kad Kredit? Jika sudah berjaya, kongsikan rahsia kejayaan tersebut!!
Lastly, a wise saying for you to ponder:
Strength and growth come only through continuous effort and struggle - Napoleon Hill
di petik dari sini


Errr apa pendapat korang yer pasal penggunaan kad kredit..?

Comments

Catwoman said…
Tak bayar hutang credit card lebih dari 2 - 3 bulan, masuk Collection Dept. Nama pun turut "black-list".
Oleh itu, jgn guna credit card. Buat sakit kepala je....
kuIna said…
betul.. betul... betul...

Popular posts from this blog

Jom Hiking daa

Majlis Pelancaran Karnival Membaca!

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..