Sudah lama rasanya aku tak kerosek mailbox aku... aku biar saja samapi ada beratusan email dalam tu.. aku cuma buang yang junkmail yeng terlepas sahaja... entah angin timur apa tah hari ni maka aku godek-godek tengok email.. tiba-tiba aku terperasan ada satu email aku kepada kakak aku kat shah alam tuh.. yang tak sampai-sampai.. bila aku bukak tengok.. o oada gambar masa majlis pertunangan... he hee layan je lah ye...
Ini adalah antara ahli-ahli rombang wakil sebelah keluarga aku(sebelah kiri), disebelah kanan ialah dari wakil keluarga mem aku.. tengok depa jaga pintu rumah tak bagi keluar... he hee
Ini adalah hnataran pengikat kasih dari sebelah keluarga aku.. ada buah-buahan, ada kek, ada gula asli pelbagai warna, yang lain aku tak ingat 10 atau sebelah semuanya.. hu hhhu lain di rancang lain yang jadi.. murah rezeki tandanya tu...
Nih kali pertama mem aku jumpa mak, dan mak pon nampak gumbira sangat, maklum la orang nak dapat menantu, dan rupa-rupanya dia dapat pengganti orang yang nak jaga makan minum aku..
nih mem aku selepas di tunangkan dengan aku... eh mana gambar aku...?
Aku sebenarnya tidak ada di persekitaran tu, hanya menjadi penunjuk arah akan jalan yang patut depa lalui dan tujui, selepas tu dengan segala hormatnya di mintak balik, hu huu berlalu la aku dengan membawa kereta secara longlai, tunggu cerita di rumah sajalah.. macam mana nak bergambar kan, dah nasib badan kena rumah orang-orang lama yang mana adat dan adab di pegang sepenuhnya...
Comments
Hari langsung, isk dah kemana lak gambar tu yer.. tak per lah nanti kalau jumpa leh letak kat sini..