Skip to main content

Seharian bersama Athirah..

Sebenarnya hari ni, mem aku pi kerja, tinggalah aku, Athirahdan Angah Athirah saja.. jadi tak banyak la aktiviti yang boleh di buat.. pagi-pagi selepas hantar mama dia gi keja dalam kol 6.50 pagi, Athirah akan tengok katun dulu , sambil isap susu, lepas dah puas tengok tv, dia akan gi ngacau Angah dia dok sapu sampah lak, kadang-kadang tu dia amik penyapu dan sapu sampah sekali.. emm rajin kan budak Tie'ah nih he hee.. dalam kol 10.00 mcam tu baru mandikan dia.. lepas tu dia makan.. dan dalam kol 11.00 lebih-lebih.. baru tidokan Athirah dalam buaian.. dalam kol 1.30 - 2.30 lebih kurang baru dia bangun.. masa ni jenuh berperang la..

Aku biar sajalh selagi dia tak pegi dapur.. (takut dia naik dan main tangga..), tak keluar dari umah.. pasal panas sangat sekarang ni, mmg tak sesuai nak main kat luar... emm berpusing-pusing saja la dala umah ni.. entah dalammasa bila tah dia amik kain tudung mama dia, dan dok main-main ala iklan Yusof Taiyoob tuh, yang dok pakai macam purdah tu.. dah tengok macam tu hilang ngantuk aku, terus capai handphone lepas tu aku selendangkan tudung tuh.. pastu aku snap gambar... lepas 2 - 3 keping tangkap.. dia pon nak tengok la.. tengok jer gambar mengekek dia gela.. dia kata " owang openg " (orang topeng).. he hee

Comments

kuIna said…
amboi posing sakan anak dara nie....
Zul Abdullah said…
he hee sesekali dia bermain macam ni sonok juga...

Popular posts from this blog

Salam Ramadhan

Entri kira muat...

Serupa tak..?