Skip to main content

Jalan-jalan hujung minggu

Dah lama tak berjalan-jalan, dah lama tak meronda-ronda dengan moto nih, isk last masa meronda dulu, pokok padi pon belum menghijau lagi.. jadi hari ni dek kerana Athirah yang buas sangat.. (mungkinpasal dia tido lama hari ni 11.30 pagi sampai 2.30 pagi petang.. kira sangat lama la tu), makan tak mau... terutamanya nasi.. ndak makan cokelat saja.. jadi aku ajak dia ajer lah pi ronda- ronda naik moto ni.


Tak kemana pon, ronda dari kampung ke kampung saja.. ni lah hobi aku sejak dari lepas sekolah lagi, dulu aku ronda dengan mengayuh basikal.. lepas tu dah keja baru la ada moto, baru la ronda dengan moto, lepas tu ada keta tapi aku still suka meronda dengan moto juga, yer la ronda dari kampung ke kampung, naik keta ni jenuh nak kilas(pusing) stereng la. Biasa nya tempat aku relak ialah tepi laut samada kat Sg Berembang ka, dekat Kuala Perlis ka... janji tepi laut... biasa dalam pukul 6.00 petang - 7.15petang aje lah .. lepas tu dah malam..

Pak dan Anak yang sedang bermain panas petang...



Pemandangan yang sentiasa di rindui.. yang mana kalau lama aku tak lalu pasti rasa ada yang tak kena, kalau lama juga tak lalu rasa macam ada ketinggalan perkembangan terkini..


Walaupun air nya surut, tapi pemandangan nya tetap terpahat di kalbu...

Sampai kat sini, memang pemandangan Favourite AThirah seminggu dua nih, kalau meronda tepi laut dia cakap nak tengok bot, lepas nak tengok bot lagi... banyaknya bot.. hu huu macam macam keluar dari mulut dia nih.. dan semalam bila dah la senja dah, lepas tu aku ajak balik dia start nangis dah 'nak tengok bot lagi...' .. jenuh la aku pujuk... kalau tak bermalam la kat muara sungai nih.. :)

Comments

Neeza Shahril said…
biar betul.. dia tido dari 11.30 pagi sampai 2.30 pagi?? sehari semalam tu... tak risau ke? ke silap ni.. 2.30 petang ye.. hehee..

cantik pemandangan tu.. neeza suka.. kalau neeza pandai bawak motor, mesti neeza pun akan selalu jalan2 disitu.. (kalau neeza duduk situ laaa... hehee)
Zul Abdullah said…
eh silap.. petang la...
he heee..
memang best la jalan2 macam tu... bawak anak lak...
sonok sungguh la dia..
1 said…
lawa la perlis. buat aku rindu.
kuIna said…
tmpat 2 memang cntik... sesekali g gak menempek tepi pantai 2...
Zul Abdullah said…
Mohd Jimadie - Balik la selalu.. walau pun harumanis dah abis, tapi musim buah on the way dah ni... musim padi menghijau pun nak dok pelan beransor dah... sebulan gi padi mula bunti dah la..


Kak ina - yeah, ada peluang jalan-jalan macam ni memang syiok abis la.. tambah pulak dok ronda ikut ban dan jalan kampung..

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....