Skip to main content

Jom... jom.. Jom Heboh 08...


Hah, aku sebenarnya malas nak pergi ke Karnival Jom Heboh nih, pasal sudah la orang ramai, parking pulak tentu payah, dah tu pulak panas sungguh sekarang nih, tapi apa kan daya aku, mem aku beria benar nak pi, jadi kena lah turutkan , kan? Ialah orang dah ada lesen besar nak mintak yang ni dan yang nu, hu huu sabor jer lah kan! Jadi pergi lah jugak kami, bukansetakat sekali tapi dua kali... hu huu..

Alkisahnya semalam kami pergi makan kenduri di Kg Jeram, daerah Tunjang Kedah, lepas balik dari makan kenduri tu saja-saja lah lalu kat kawsan sure heboh tu, konon nya nak tengok orang... he hee tapi kan macam berhantu kan jom heboh ni, dalam masa kerete berderet-deret cari tempat parking tu kan, dengan tiba-tiba saja ada sebijik keta yang parking dekat jalan nak masuk jom heboh tu, nak keluar, memang port cantik punya la, dekat dengan tapak karnival dan juga agak redup kawsan dia, jadi dengan tak sengaja aku terparking juga la.. dah terparking aku masuk juga la tengok-tengok.. tapikan aku maleh nak bawakmasuk kamera pon, padahal kamera tu ada dalam ketakan (alasan terlupa nak amik kamera la tu..) .

Hmm hari ni pulak dek tak pueh hati pasal semalam tak bawak kamera, jadi mem aku ajak ler pergi pulak.. dia teringinnak bergambar denagn artis atau sekurang-kurang personaliti TV3, hmm sabar sajalah kan, so dalam pukol 10.30 kami dah sampai kat situ, emm oelh kerana masih pagi, orang tak le begitu ramai, jadi boleh la dapat port yang dekat sikit.. isk macam di dorong-dorong saja kan.. jadi akhirnya sampailah kami kali ke dua.. tangkap gambar sana-sini, bersama sorang dua artis dan personaliti TV3.. lepas tu dalam pukul 12.00 balik la, tu pon Athirah dah takmau duduk la, gamak nya tak selesa lah dia, dengan panasnya, dengan bising nya, dengan orang yang berasak-asak tu.. masa aku dok taip nih, Ahirah masih lagi lena, tido sejak jam 1.30 petang samapi sekarang dalam pukul 3.30 petang, hmm letih sangat la tu..



Tetamu Kehormat pagi nih..
YM Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
Raja Muda Perlis dan Keluarga


Juga turut mengiringi Tuanku Raja Muda,
YB Dato'Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis bersama Isteri


Juga, turut bersama-sama memeriahkan Karnival Jom Heboh ni,
Yang Terutama, En Sangkelu dan Keluarga..
Penghulu teratak Kelu ni..




Posted by Picasa

Comments

Murr said…
Hi... I saw by accident your blog... but I don't understand nothing for the language...bye
kuIna said…
malas nk p... panas & brdebu!

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....