Skip to main content

Merayap Sepetang

Entah la.. kenapa aku masukkan tajuk ni kat entry kali ni... aku pon tak pasti.. sememang nya aku ada merayap dengan mem aku petang kemarin, yer la selepas seharian aku memeningkan kepala aku dengan membuat pembaikan dua tiga bijik komputer kat Simpang Empat tu, memang aku pening.. tapi aku lega.. walaupun bukan semua komputer tu berada dalam keadaan baik tapi masih boleh di gunakan. Pasti nya aku tak tau berapa lama komputer2 tu boleh bertahan, dah usang benar komputer tu.. tapi nak buat macam mana... bukan senang nak ganti yang baru, malahan kalau ada yang baru mesti di beri kepada bahagian lain yang lebih memerlukan.

Berbalik pada rayauan kami kemarin, sebenarnya tak le kemana sangat cuma, on the way balik dari Simpang 4 tu, terus la kami balik ikut Sg Baru, means that balik ikut jalan tepi pantai la.. kononnya tak release kan tension gitu.. haaa.. haaa... aper la tension sangat tu... tapi ok gak la.. pasal air tengah dok pasang, leh jugak dengar deruan ombak, hembusan bayu petang dan juga kicauan camar laut yang berterbangan. Sempat juga kami singgah kat satu stall tu belik rojak buah, mem aku la teringin nak makan rojak buah tu.. aku ni tumpang sekaki la..

Kami sampai umah dah dekat nak azan Maghrib dah.. so tak der aper la nak buat sangat.. kak aku pon dah masak, jadi tunggu nak makan malam je la..

psttt...
ntah pasai apa tah semalam aku mimpikan...., dah lama aku tak jumpa dia, dah la tu, dah lama tak nampak dia, dah tu dah lama tak dengar citer pasal dia, macam mana la dengan dia yer, apa la khabarnya dia ye...

Comments

Anonymous said…
testing

Popular posts from this blog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..

Keria...

KEMPEN BOIKOT YAHUDI / US