Skip to main content

Termenung aku di kala kesorangan...

Hari ni aku keja sebenarnya.. tapi ntah macam tak keja pun, yelah pepagi aku mai pejabat nak punch kad.. tapi punch kad off, tak leh la nak punch kad.. so aku masuk keja macam biasa la ari sabtu jam 9.00 (untuk rekod) dan aku datang keja macam biasa lepas antar mem aku pegi keja. SO sepanjang pagi aku tunggu kat kauter .. takde sowang manusia pon yang masuk.. nak kata tak tau perkhidmatan di buka.. bulan-bulan sebelum tu ada juga manusia yang masuk.. jadi tercongok lah aku kat kaunter tu.. sampai lah tengah hari.. dek sebab aku keja sowang takde partne nak ganti.. terpaksa la aku tutup kejap dalam kol 1.00 tgh sampai la kol 2 petang .. ye la.. aku nak makan.. nak hanto makanan kat mem aku lagi.. nak semayang Zuhor lagi... hah terpaksa la aku tutup..

Petangnya benda serupa jugak berulang.. takde sesapa pon yang datang.. alahai punya la boring aku.. punya la membazir masa.. dan betapa pula membazir kos letrik .. yer la dalam dok berjimat aku hanya bukak satu lampu.. satu aircon dan satu komputer.. tapi kos akan keluar jugak kan..?

Nak kau syorkan kat bos supaya ari sabtu tak yah bukak servis.. kang aku tau bos kata orang akan komplen.. pasai apa library tutup sampai dua ari.. dalam tutup satu ari pon ada orang komplen.. kang masuk surat khabar jenuh lak nak berjawab.. tapi tu la.. kalau bukak berapa kerat yang nak mai.. mai pon ikut masa juga.. biasanya kalau nak ada owang pon dalam bulan 3 baru nak ada owang pastu akan berlarutan sampai bulan 11 je.. biasanya abis peksa spm stpm owang dah tak mai library gi dah...

Satu lagi ni aku nak membebel pasal aktiviti kanak-kanak ni.. isk payah betul sekarang nak buat aktiviti,,, yer lah nak buat aktiviti perlu ada budak-budak baru leh buat.. kalau takdak macam mana nak buat. Sekarang ni dah payah nak cari budak-budak nak buat aktiviti.. yer lah nak salahkan dia orang pon tak boleh.. mak pak dia orang nak bagi anak depa pandai.. jadi kena la hantaq tuisyen.. jadi siang malam, ujung minggu ka.. ada saja tuisyen.. jadi celah mana kami nak cari orang nak buat aktiviti.. mungkin aku patut syor kan supaya kelab kanak-kanak ni di bubarkan.. ye lah akalu dah takde owang nak masuk aktiviti buat apa lagi kelab..? tapi dalam celah nak cadangkan tu.. ada jugak bebudak mai daftar nak masuk kelab, nak beraktiviti.. tapi bila kita aturkan aktiviti.. depa kata kena pi tuisyen lak.. aduh.. tak ke tension gitu...

Comments

atiza said…
selamat berkerja!
Otakar Ray said…
Merry Christmas and Happy New Year!
FARSHID said…
Merry Christmas and Happy New Year! with the best wishes.
yours,
Farshid

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Daulat Tuanku

KEMPEN BOIKOT YAHUDI / US