Cuti hujung tahun kali ini terasa begitu istimewa. Bermula 25 Disember hingga 30 Disember, suasana kampung jadi penawar hati. Pagi-pagi hirup udara segar, jalan tepi sawah, dengar burung berkicau — semua buat fikiran rasa lapang, kerja pun tak terlintas langsung.
28 Disember, jalan jem masa ke Sri Iskandar hantar anak, cadang nak tidur di sana walau sebarang persiapan pon tidak ada, tapi tiada lagi bilik hotel yang tinggal, mau tak mau kena redah jem semula balik rumah, bertolak jam 9.00 malam lebih kurang, sampai rumah dah 3.30pagi, nasib baik easok tu cuti. Apapaun hati tetap aman. Anak di sebelah, nyanyi lagu kegemaran, gelak sama-sama dalam kereta. Jem pun jadi pengalaman manis. Dinihari singgah pekena kopi dalam tin pon jadi. Besok ronda kampung, saja sambil tengok matahari jatuh perlahan di ufuk sawah.
Hari-hari terakhir cuti, cuma duduk rumah, masak bersama anak, borak pasal benda kecil yang selalu terlepas. Pendek, tapi cukup untuk recharge jiwa. Cuti hujung tahun kali ini bukan sekadar rehat, tapi hadiah untuk hati.
0 Comments