Pagi Ahad ni bermula seawal pukul 9.30 pagi. Kami bersiap awal sebab risau banjir dah mula melanda. Jalan lama dari Kangar ke Alor Setar jadi pilihan, harap-harap tak banjir. Lepas Pekan Air Hitam, jalan mula sesak. Kereta panjang berbaris, macam pesta pulak.
Masuk je jalan ke Gunung Keriang, alamak, banyak kawasan dah naik air! Terpaksa patah balik, terus ke Jalan Simpang Kuala sambil redah banjir. Sesampai kat lampu trafik, jalan makin sesak sampai ke Plaza Tol Alor Setar Selatan.
Akhirnya, kami sampai ke asrama anak di Sungai Petani tepat pukul 12.30 tengahari. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Sungai Petani biasanya ambil masa 1 jam 45 minit dengan jarak lebih kurang 115 km, tapi hari ni jadi 3 jam sebab banjir teruk.
Habis je urusan di asrama, terus gerak pulang. Tapi perjalanan balik ni lagi mencabar. Kes sesak jalan selepas Plaza Tol Alor Setar Selatan hingga ke lampu trafik di persimpangan ke Jalan Gunung Keriang memang teruk! Sepanjang jalan nampak kesesakan menghala ke Plaza Tol Alor Setar.
Akhirnya, perjalanan balik ambil masa lebih dari 3 jam setengah. Patutnya 1 jam 45 minit je, tapi sebab banjir dan kesesakan jalan, jadi lama betul.
Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat betapa teruknya banjir melanda kawasan sekitar. Walaupun penat, tapi yang penting anak selamat sampai ke asrama.
Comments