Skip to main content

Malaysia Mengundi 2018 - Sisipan saja

Image result for Nik Omar berita harian

Nik Omar ‘Panaskan’ Pemimpin PAS

By Malaysian Access - 01/05/201803417

Keputusan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz, bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ternyata menyebabkan pemimpin PAS seperti dalam ‘kepanasan’ terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia berikutan kenyataan keterlaluan dikeluarkan Abdul Hadi yang sanggup menyamakan Nik Omar seperti anak Nabi Nuh yang berpaling daripada ayahnya, sedangkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka itu hanya bertanding untuk pilihan raya saja.


Ketua pakatan pembangkang Kelantan, Husam Musa, berkata semakin banyak ‘latah’ dibuat pemimpin PAS, ia akan memberi kesan negatif kepada parti itu sendiri.

“Sekarang adalah PRU-14, jadi apa kaitan akidah anak Nabi Nuh yang turun dari kapal kerana tidak mengaku kewujudan Allah.

“Jangan politik sapa staro tu (sehingga tahap itu)…menyalah guna fatwa politik. Sebab itu, kita nak tukar kerajaan kepada kerajaan molek (baik) atas dasar Islam.

“Tidak sepatutnya menganggap Nik Omar seperti anak Nabi Nuh. Adakah kita keluar daripada PAS akan punah (rosak) akidah? Kalau macam itu, Arab Saudi yang tiada PAS, punah habis la akidah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mulong, di sini, malam tadi.

Husam berkata, PAS sepatutnya mengambil Nik Omar sebagai calon, bukannya Nik Abduh saja waris Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Nasib baik juga PAS tidak ambil (Nik Omar sebagai calon), jika tidak saya terpaksa masuk PAS semula.

“Pemimpin PAS ini sudah terlebih zaman, apa salahnya Nik Omar bertanding kerana ini adalah pilihan raya yang demokratik.

“Sebab itu saya tunggu pengumuman PAS terlebih dulu mengenai tempat Nik Abduh bertanding, supaya saya boleh letak Nik Omar bukan di tempat sama,” katanya.-BH

Comments

Popular posts from this blog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..

Musim pelam bebunga.. Tapi bunga pelam apakah ini..

Jom Hiking daa