Skip to main content

Mahalnya Harumanis tapi masam? Baca la dulu...



Isu harumanis yg tidak harum dan tidak manis malah ada yg masam dan kecut serta walaupun berhari2 diperam tidak juga masak2... Akibatnya, pembeli tertipu dan kecewa lantas memukul rata semua penjual harumanis sebagai penipu, tamak, haloba, dan pelbagai sifat buruk yg lain. Terdapat beberapa faktor yg menyumbang kepada fenomena ini; 



1. Peniaga tersebut memang tamak, penipu dan berniat jahat. Janji dapat untung, halal haram apa peduli. Depa ni kalau dapat bekalan, depa akan jual. Buah tidak matang yg mereka pungut dari kebun sendiri atau kebun orang lain yg ditempah lebih awal akan dijual sehingga RM48. Mereka berebut2 mendapatkan bekalan awal musim kerana harganya sgt mahal dan menguntungkan. Mereka sanggup membeli buah yg diragui sumbernya termasuk buah curi. 

2. Pengusaha harumanis (tuan kebun) yg ingin memastikan buah mereka habis terjual cepat. Sapa nak beli, mai beli walaupun dia tahu buah dikebunnya mungkin belum cukup matang. Kepada mereka, yg penting, buah mereka selamat dijual dan tak kena curi. Mereka takut buah mereka hilang dikebun kerana menjadi mangsa curi. 3. Pembeli yg jahil. Tak gheti apa satu. Mudah percaya dgn mulut manis dan cakap lembut para penjual. Pembeli begini tak kenal yg mana satu harumanis, sala, cokanan atau nam dok mai. Orang jahil memang senang kena tipu. Padan muka. Yang pasti, buah kecut jangan beli. Harumanis buah elit, produk harga mahal, Malaysian Mango Number One. Tak layak dibeli buah substandard pada harga yg mahal. Bayangkan beli BMW brandnew yang calar balar, bercat pudar, tayar gelong, stearing bergegar.... Kalau tak kenai hat mana BMW hat mana Kancil toksah nak beli la. 

3. Penjual didesak oleh pembeli. Mai Perlis seminggu dah. Esok nak balik, petang ni baru cari harumanis. Maka sibuk la mai cari kawan minta tolong cari. Kawan pun talipon kawan. Terkejut tergempaq dapat la bekalan. Tuan Kebun minta penjual pungut sendiri. Buah belum banyak yg sudah matang, pembeli nak 100kg. Dalam keadaan kalut, buah yg dipilih ada yg kurang matang. Hanya tuan kebun sahaja yg lebih arif ttg buah dikebunnya. Tidak wajar tuan kebun memindahkan tanggung jawab kpd pembeli. Tidak wajar tuan kebun memindahkan tanggung jawab kpd pembeli. Apatah lagi pembeli/ peraih yg tidak tahan mendapat tekanan drp pelanggan yg dah nak cirit baru nak cari jamban.

Pesanan Ringkas
Jika anda nak dtg Perlis, cari pembekal harumanis awal2. Jangan beli dari kedai tepi jalan. Tempah awal2. Kaji dulu sifat2 buah harumanis, perbezaan bentuk di antara buah harumanis dan buah lain. Pelajari sifat/ciri buah matang dan utama jangan beli BMW tayar gelong dan stearing bergegar cat pudar, body bercalar. Kalau beli juga mmg padan muka hampa. ...

From Fb pengusaha ; DrBHarumanis

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....