Skip to main content

Short trip to Kuala Terengganu..

Oh.. macam mana ia bermula.. satu perjalanan yang tidak dirancangkan dari awal. Maklum lah tahun ni rasa macam nak kurangkan berjalan2. pasal Ayong nak exam jadi.. nak suruh dia fokus pada UPSR nya lah.. jadi boleh lah nak rancang percutian ke hujung tahun saja. Konon nya nak berjimat lah.. almaklum zaman2 sekarang ni lambat bergerak sikit dah poket jadi cair.. meleleh je duit keluar.. lagi grand percutian lagi laju lah poket meleleh.

Walau bagai mana pon, perjalanan ini terjadi jua akhirnya.. selepas awal lagi menempah hotel bagai.. menempah cuti juga - pasal kebetulan Perhimpunan Pagi bulanan yang di tunda dari awal bulan jatuh juga di masa percutian yang agak tergesa ini. Jadinya akhirnya perjalanan yang dirancang gitu2 tu ber asbab mem ada program di Kuala Terengganu, peperiksaan sekolah budak-budak juga dah berakhir.. dan cuti sekolah bertabik dari cikgu2 mereka juga maka berangkat lah kami ke Kuala Terengganu. 


Alhamdulillah perjalanan yang lancar dari Kuala Perlis ke Besut, Kuala Besut .. Cuma satu yang terbantut, nak bergambar di puncak Banjaran Titiwangsa tak tercapai kerana kesesakan di Hentian R & R tu, jadi kami teruskan saja sehingga ke Jeli.. berhenti makan kat kedai2 tepi jalan.  Selepas sejam berehat baru kami teruskan perjalanan ke Kuala Besut, Kampung Nyireh kot nama tempatnya, tak jauh dah dari Pusat Peranginan Bukit Keluang.

Hari kedua pagi tak kemana-mana sangat.. cuma dok ngendap Pok Cik Nor dok buat kopok leko.. jadi ralit lah pulok.. last2 dapat juga makan kopok leko segar. Apa pun kagum juga tengok depa bekerja, umur dah nak masuk 70an.. tapi masih tega dok buat ko[ok leko. Tapikan memang budaya situ kot makan kopok leko, kejap2 ada ja yang sampai nak beli kopok leko. Rasanya lebih 150 batang kopok leko yang depa buat.. boleh abis oo depa jual.




Petangnya sempat juga berjalan-jalan meninjau sekitar tempat Peranginan Bukit Keluang tu.. hmm banyak dah perubahan yang berlaku.. tak macam dulu serba serbi dah ada, boleh sewa bot untuk pusing pulau2 sekitar, banana boat pon ada, horse riding for child pon ada, meriah jadinya tempat tu. Sempat juga mencuba menaiki bot ke Pulau Rhu, tak dapat nak pusing pulau pasal ombak yang sikit tinggi, hanya dapat pergi ke sebahagian pulau agak terlindung dari angin.














Besoknya baru bertolak ke Kuala Terengganu mengikuti jalan pantai, ok juga jalannya, macam-macam ada di sepanjang perjalanan, buah tmbikai ( timun depa kata).. dan juga ada  sotong dan ikan goreng tepung.. sempat juga merasa. Sampai Hotel dalam pukul 2.00ptg , terus tidur keletihan, lepas asar terjun kolam pulak.. dan malamnya rilek saja sementara mem pergi ke program jabatannya. 

Image may contain: text

Besok dalam pukul 10.00 pagi bertolak balik ke Perlis. Jam 9.00 mlm sampai rumah Tok Pah, 10.30 malam sampai umah. Terus saja masuk tido.. esok keja la. 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....