Skip to main content

SPM 2011..Result dah Keluar


PUTRAJAYA 21 Mac – Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, sejak 2007 hingga 2011 nilai GPN pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan.
"Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A ) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010. "Bagi calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi semua pelajaran berbanding 40 pada 2010," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini hari ini. – UTUSAN


Bagi yang berjaya, tahniah di ucapkan, semoga perjalanan hidup anda di masa depan mudah dan cerah, dan bagi yang tidak berjaya, moga bersabar, tetapkan haluan, terus berusaha untuk mencapai apa yang anda impikan... 
selingan semata-mata

Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh cik puan mana hilang? Dalam dapur atas para

Salam Maghrib.. Sudah² ka.. moh le balik..