Skip to main content

Hari yang sibuk...

Hari ni hari yang sibuk aje, apa tak nya ketiga-tiga buah hati ku masing dah masuk 'port masing-masing, si Athirah kena ke PRA Sekolahnya, Anieq dah masuk hari kedua ke Tadika manakala Anief Najwan dah mula pergi ke rumah pengasuhnya.. pheww memang agak sibuk kan..


Macam biasa hari-hari kena hantaq dia pi Pra Sekolah, hari Isnin memang sikit sibuk, kol 6.45 dah bawak dia pi hantar angah dan pastu baru hantar dia pi Sekolah. Lepas hantar dia ke sekolah, baru hantar baju ke tadika tempat transitkan dia, kalau tak lagi sibuk tengahari nak kena amik dia lagi. Petang lepas kol 5 baru amik dia kat tadika transit.
Mulai 1/3/2012, Anieq dah bermula tadika, isk aka kelas mengasuh la gamaknya, kalau tengok dia macam slow sikit dari Athirah dari segi minat nak belajar, bayangkan nak pegang pensil pon masih kekok lagi berbanding Athirah seumur nih dah pandai main color. Hmmm berbalik sekolah dia, dengar cetanya dia pandai bergaul, jumpa la anak-anak staf Politeknik yang bermacam2 tuh, terus dia bantai slang Kl .. semalam masa tidur dia siap mamai akan rayan aka mengigau tak bagi kawan-kawan dia amik bantal busuk dia, isk tak rugged la mengigau pasl bantai busuk je.. apa pun ini pengalaman pertama dia selain dari tinggal dengan pengasuh, hmm dengar kata tak nangis, bagusnya anak jantan abah nih.. he he...
Anief Najwan hari ni, dah makin besar, makin kurang ragam, makin kuat makan, cuma payah sikit nak buang air besar, isk kadang-kadang sampai 3-4 hari, malahan pernah sampai 5 hari, 6 hari.. wah bimbang juga di situ, last timbang dah 5.6kg, entah muka dah jadi macam siapa, ada kata macam Athirah, macam Anieq la.. masih awal nak dominan macam siapa.. Hari ni dia mula di tinggalkan di rumah pengasuh, nasib baik juga mak yang mengasuh Athirah, Anieq masih sudi nak mengasuh dia, Alhamdulillah senang keja la sikit...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....