Skip to main content

Ronda-ronda kampung dan golden sunset

Isk.. dah lama betul aku tak update, entah lah sejak berapa la aku dah di jangkiti syndrom 'M' nih, agak kronik betui rasanya, kala mukabuku (Facebook) nih tengah rancak, maka laman ni jadi makin malap, tapi sesungguhnya tak pernah aku lupakan..  hmm dengan sedikit kerajinan, aku gagahi jua meng'update' disini.. 

Petang tadi, dek dah keburingan sangat di rumah, nak keluar ronda-ronda pon dah malas nak drive, jadi aku amik saja kamera yang kebetulan jangka hayat bateri tengah memuncak tuh, bawak saja gi jalan-jalan pusing  kampung.. 


Isk, kebelakangan nih banyak pulak ramalan-ramalan yang mengatakan akan berlaku banjir, bukannya sedikit tapi 40% lebih banyak dari biasa, hmmm kalau macam tu Perlis yang dah 2 - 3 kali banjir tahun ni di jangkakan akan dapat kesan yang lebih juga, mungkin kah kerana phobia bencana banjir di Siam ( Thailand) yang masih juga belum reda, hmm sebulan lebih dah, sampaikan Raja Siam Bhumipol yang pi melawat pon boleh jatuh pengsan, entah pasai pa, kesian nyer rakyatnya, atau mabuk air bah, ntah la...

Tapi buat masa nih keadaan di Perlis masih lagi selamat, masih okeh, paras air sungai pon hingga ke dasar, kerja-kerja naik taraf perparitan, memperdalam kan sungai-sungai masih giat di jalan kan.. okeh tuh langkah-langkah dah di amik, kalau nak jadi juga nak buart mana kan..?
Suasana di kampung masih lagi macam biasa, sekarang ni pak tani-pak tani, sedikit ada masa lapang, selepas habis musim menabur benih dan menanam padi, sekarang musim menyulam padi yang tidak tumbuh, juga membaja serta meracun rumput rumpai yang tumpang mencari ruang nak tumbuh.. Sekarang juga musim angin timur juga secara komersialnya di kenali sebagai 'Winter Wind' dah mula bertiup sepoi-sepoi bahasa, suasana nyaman di sana -sini dapat di rasai, namun panas mentari menjadi semakin terik kerana awan makin kurang.. namun sesekali di kala angin timur nih berhenti bertiup, maka awan tebal membawa hujan akan muncul, namun awan tebal tak bermakna akan hujan, kekadang hanya gerimis yang turun, kekadang angin membawa jauh pergi ke sebelah Negeri Kedah sana , hujan lebat lak turun di sana...

Jadi kata orang-orang lama, walaupun langit cerah, namun baik juga kita sediakan payung ketika keluar rumah, manalah tau takut nanti, hujan di perjalanan..

... awan  hujan di kala senja...


indahnya ciptaan Mu...
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....