Projek A - Bermulaa....

February 20, 2010



20/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Yuhuuu.. Projek A dah bermulaaa.. haa pagi tadi dah berjumpa dengan kontraktor tu sekali lagi, bertanya tentang dua tiga perkara, ini termasuk lah bab drainage, cat dan juga dua tiga perkara, cat masih lagi lom selesai pasal kena tmbah lagi 1.5K, tapi pada dasarnya benda2 lain dah selesai... dah dah bersetuju nak jalankan Projek A nih.. jadi kontraktor tu kata se awal besok pagi projek tu akan bermula.. hmmm aku ye kan saja la, pasal mana ada barang-barang nak buat lagikan.. ala-ala macam tak caya lah kan..

Tapi rupanyaa sangkaan aku jauh meleset la, rupa nya kontrakor tu mmg sesangat serius ooo, seawal pukul 3.30 ptg nih dia dah hantar raw material, nak buat kerja-kerja besi untuk kerangka bawah rumah.. haaa apo nak kato.. he hee..

You Might Also Like

0 comments