Biasanya aku suka mengambil gambar di waktu pagi, waktu munculnya mentari, tapi sesekali bila berkesempatan dan kena pada masanya mentari petang juga sungguh cantik di ketika nak terbenam. Bukan satu perancangan untuk bersantai menanti mentari jatuh sebenarnya, cuma petang ni teringin pulak nak pi pasar malam Simpang Empat, bukan nak beli apa sangat pun cuma, makann-makan, sedikit sayuran dan ikan.
Dah abis membeli di pasar malam, singgah sekejap di rumah mertua di Sungai Padang, on yhe way tu lah aku terpandang mentari yang mahu melabuhkan sayapnya begitu cantik dan telus cahayanya, terus aku berhentikan kereta dan snap gambar nih, mungkin orang yang lalu lalang pon heran tengok aku tangkap gambar, isk jakun mana lah pulak tu, kan..?
Comments