Skip to main content

Untuk mu ibu..




Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Semoga, emak tenang dan aman di 'sana', kami anak-anaknya sentiasa mengingati dan mendoakan kesejahteraan nya di 'sana', dan untuk mama pada putera dan puteri ku, terima kasih untuk kasih sayangmu, juga pengorbanan mu dalam mendidik dan membesarkan putera-puteri kita ini aku dahului dengan ucapan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..