Skip to main content

Another entry sambut raya...

Yeah! Hari ni hari terakhir keja sebelum Hari Raya.

Walaupun tak dapat cuti extra,
Walaupun bonus tak masuk,
Aku paksakan diriku untuk gembira..
gembira kerana,
aku masih berpeluang berpuasa tahun ni,
masih berpeluang berhari raya tahun ni, InsyaAllah,
berpeluang menunaikan tanggungjawab ku sebagai ketua keluarga dengan membayar fitrah, InsyaAllah,

Gembira juga kerana dapat merayakan hari yang mulia bersama keluarga, walaupun ibu dah tiada, tiada sapa nak masak rendang sesedap ibu ku, tiada siapa yang dapat buat ketupat pulut sesedap ibuku, gembira juga dapat berhari raya bersama keluarga mertuaku, besan ibu dan ayahku (yang dah tiada) ,

gembira juga sebab kesemua nak-anak menakan aku balik berhari raya,

gembira pasal pastinya meriah di rumah aku yang semedangnya diam , bisu dan kaku.. ( walau kini dah di cemari dengan teriakan, tawaan dan omelan athirah yang aku masih tak paham apa satu pun..)

dan hari juga aku mula gembira melihat suasana yang makin ceria , makin hidup, makin sesak kat pekan ni.. aku nak tumpang gembira tapi hujan turun dan aku rasa dah tua nak buat macam tu!

Emm dah athirah masih dok pikir apa lagi yang dia nak buat....Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....