
Dua minggu ni memang aku agak sibuk, mana dengan pesta buku ari , pastu pesta kebudayaan perlis lak.. jadinya dah dua minggu aku tak cuti, dan kemuncaknya aku keletihan dan mau tak mau terpaksa gak aku amik cuti kemarin.. Aku ingat aku nak rangkulkan sumer dua minggu ni dalam satu blog ni aje lah..
Expo buku
Sepanjang minggu lepas, termasuk sabtu dan ahad aku memang sibuk, ada expo buku .. jadi macam biasa la, keja aku tangkap gambo je, macam la aku pandai sangat tangkap gambo tu, aku pon tak reti sangat nak tangkap gambo ni.. ada la dulu tu aku terai sekali dua.. nak jugak rasa macam mana nak jadi cameraman nih.. sekali bos tau dan nampak aku, terus kena tangkap da.. pastu kalau ada apa2 function aku la yang kena tangkap gambo.. aku kena dengan sorang abg ni, dia ni keja PAR, tapi merangkap dreba dan juga tukang tangkap gambo.. biasa nya dia amik gambo still aje.. aku pegang video cam.. kadang aku pon amik gambo still jugak.. dak kadang2 tu aku pegang dua2 sekali.

Berbalik pada expo buku tadi, aku rasa expo ni berjaya juga tapi kurang meriah la, ntah pasai apa, kalau masa aku mula-mula keja dulu, cuku meriah, macam macam program yang kami jalankan.. ada program untuk kanak-kanak, untuk belia, untuk pelajar2 yang nak menduduki periksa.. emm aku dulu memang happy je manjang, macam macam program terlibat, siap kena buat program nyanyian untuk bebudak kelab perpustakaan (walaupun aku sendiri tak reti nak nyanyi..), aku kena juga adakan program teater.. kalau nasib tak baik aku sendiri kena belakon jugak.. isk masa tu sumernya ok.. aku tak kesah.. yer lah masa tak de commitment aper2.. masa tu aku bujang trang tang tang.. nak balik lewat malam pon tak kesah.. laa dah sampai mana aku ni, berbalik pada expo buku ni , mungkin juga pasai kurang promosi.. dah tu aktiviti pon kurang aku rasa yang tu penyebab utama.. lain lain tu ada la juga masalah berbangkit juga kot. Apa pon semuanya berakhir dengan selamatnya.. dan aku tak cuti pon sepanjang m inggu tu. Aper nak buat dah keja.. kan?
Pesta Permainan Tradisional.
Dah pasal hari ahad dan sabtu aku keja, aku ingat ujung minggu ni aku leh cuti la.. yer la.. penat juga kalau keja lebih masa ni, keja lak tu siang dan malam.. lagi la penat.. so ari senin aku masuk keja macam biasa la.. tapi dah ada angin2 cerita dari kawan2 aku yang katanya nak kena buat pameran pulain yang leh pi untuk buat pameran.. aku cool je la, aku bukan di bahagian pameran.. lagi pon ramai lagi staff baru yang ada, boleh di expose jaga pameran, bebudak praktikal pon ada kan? Mai keja ari selasa, depa dah dok pakat panggil sesapa yang terlibat dengan pameran masuk mesyuarat. Aku pon kena la juga,, isk tak leh cuti lagi la.. macam biasa la aku kena jadi cameraman dan juga kena jaga pameran juga.. isk haru laa... Secara dasarnya, program ini ada lagi membudayakan kembali permainan tradisional seperti toi (galah panjang?), batu seremban, congkak, jengkek (teng2), sepak raga ratus dan yang paling best ialah tangkap ikan pakai tangan.

Kiranya best jugak program ni.. dah slogan dia pon 'terkenang semasa dulu'.. memang pon aku memang terkenang masa aku budak2 dulu, aku pon penah juga tangkap ikan dulu, tahan taut tengah2 malam, mancing puyu, buat belat, tahan pelompat, mandi sungai, main aci atas pokok, tu adalah antara aktiviti aku masa bebudak dulu. Ada pun program permaianan tradisional ni berakhir jam 12.00 malam yang disempurnakan perasmian penutupannya oleh MB.
Kemalangan

Kenduri..
Laaa.. cuti sekolah dah bermula.. maknanya musim kenduri pon mula lagi.. banyak gak panggilan sampai kan tak sumer yang leh aku nak pegi.. yer la aku ni kan keja.. yang mana dekat2 tu leh la aku singgah.. nak buat macam mana kan? Tapi yang mana2 penting tu terpaksa la aku cuti gak.. bahkan semalam pon aku cuti pegi makan kenduri sama.. pi tolong2 sikit lebih kurang apa yang patut, pastu aku balik la..
p/s: ada banyak gambau aku nak masukkan tapi blogspot tak nak terima so.. nanti aku
masukkan
Comments