Petang di hujung minggu...

February 20, 2006






Lega rasanya.. dua hari aku bercuti.. walau pun aku tak semapt nak buat apa2 tapi aku rasa lega gak bila boleh bercuti. Boleh jugak aku release tension aku nih.. emm tapi bercuti di pertengahan dan hujung bulan ni takde la menarik sangat, maklum la gaki belum masuk, fulus kena kontrol la, kang kalau fulus dah mengempis kang, hah nak makan apa? keta sapa nak boh minyak... jawab..!.. jawab! sapa gak nak susah kan.. aku jugak....

Hari sabtu tu, paginya aku dok sorang je lah, dah kak aku pegi keja, mem aku pon pegi keja.. jadi takder nak buat apa.. aku tido la.. kejap tgk tv.. pastu tido.. hah dah duduk depan tv mcm tu la citernya.. tengahharinya pegi amik kak aku, pasal dia keja sekerat ari , then pas semayang pegi lak amik mem aku pegi makan kenduri, amik ngan kak dia dan anak menakan dia sekali. Lepas makan kenduri kat Taman Melati dekat dengan Bukit Keteri, baliknya kami singgah kejap umah Pan Ndak aku kat Tmn Bunga Padi, kol 6.00 lebih kami balik la.. On the way balik singgah lak jap kat Kuala Perlis..

Emm lam agak tak singgah kat sini, aku tengok tempat makan baru yang dekat ngan laut tu dah bukak.. ramai gak orang singgah kat situ.. emm tempat ni berhadapan dengan Hotel Brasmana... cantik gak tempat dia, makanan pon banyak, harga dia emm boleh tahan kalau pandai cari kedai.. kemudahan asas seperti tandas dan surau juga disediakan.

Emm kalau suka tengok sunset.. best tempat ni...














You Might Also Like

0 comments