Skip to main content

Perisitiwa Korban 1431 ...

BATU 5, JALAN KUALA PERLIS - Peristiwa korban merujuk pada 'Peristiwa terbesar pengorbanan itu dinyatakan Allah s.w.t di dalam surah as-Saafaat ayat 102-109 yang maksudnya: "Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: 'Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: 'Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.'" 


Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), Nabi Ibrahim a.s merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tanah. 



Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim."



Nabi Ibrahim dan anaknya tenang menerima ketentuan dan amanah Allah s.w.t itu daripada terpengaruh dengan dalil akal yang tidak bebas daripada cengkaman hawa nafsu itu. Dengan penuh tawaduk baginda membenamkan mata pisau ke leher anaknya, Ismail. 



Semua kerja yang tidak masuk akal ini dilaksanakan demi membuktikan kecintaan serta pengorbanan mereka kepada Allah s.w.t. Hasilnya, Kaabah tegak sebagai rumah ibadat yang agung sehingga menimbulkan perasaan dengki Abrahah yang kemudiannya menghantarkan tentera bergajah bagi memusnahkannya.



Alangkah terkejut dan bersyukurnya Nabi Ibrahim apabila mendapati seekor kibas terbaring menggantikan jasad anaknya, Nabi Ismail.



Demikianlah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan syariat Allah s.w.t. Perjuangan baginda kemudian diteruskan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda terpaksa lari meninggalkan Makkah dan bagi membersihkan tempat suci itu daripada syirik. Pelbagai penderitaan dan halangan dihadapi oleh junjungan nabi sebelum dikurniakan semula rumah ibadat teragung itu kepada Islam.'

Peristiwa ini akan di ulang2 oleh umat2 yang terkemudian bagi mengingati peristiwa ini, begitu lah jua yang terjadi hari ni.....

 



Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot